Perintah membayar zakat diwajibkan kepada setiap umat Islam
yang mampu memenuhi kebutuhan hidupnya sehari-hari secara layak. Bagi muslim
yang tidak mampu mencukupi biaya hidup, mereka tidak wajib membayar zakat,
sebaliknya, mereka malah harus diberikan zakat.
Siapa saja
orang-orang yang berhak menerima zakat? Berikut ini 8 golongan orang Islam yang
berhak menerima zakat:
1. Fakir (al
Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan
keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal.
2. Miskin
(al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya
akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya
3. Amil –
orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
4. Muallaf –
seseorang yang baru memeluk agama Islam.
5. Riqab –
seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
6. Gharimin
– penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang
diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang
wajib ke atasnya.
7. Fisabilillah
– orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan
meninggikan agama Allah.
8. Ibnus
Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan
perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan
umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
Credit: Pusat Zakat
anda mungkin meminati
- Penjelasan Untuk Isteri: Siapa Lebih Utama Mertua Atau Ibu Bapa Kandung? Ramai Yang Silap!
- Mandi Wajib Dalam Keadaan Berbogel. Adakah Sah Junub Saya? Mari Kita Lihat Apa Kata MUFTI
- 6 Situasi Mengumpat Yang Dibolehkan Oleh Allah
loading...
0 Response to "8 Golongan Orang Yang Berhak Menerima Zakat"
Post a Comment