• Nama lengkapnya adalah Hadji Muhiddin Piri Ibnu Hajdi
Mehmed, ayahnya bernama Haci Mehmet & bapa saudaranya, Kemal Reis merupakan
seorang laksamana laut Uthmaniyah yang terkenal.
• Dilahirkan pada tahun 1465M di Gallipoli, Turki.
• Diberikan didikan tentang dunia lautan sejak berumur 12
tahun oleh Kemal Reis selama 14 tahun & walaupun masih muda, Piri Reis
memiliki pengetahuan ilmu bumi yang luar biasa.
• Pada tahun 1481M, Piri Reis menyertai angkatan laut
Uthmaniyah & mengikuti Kemal Reis dalam ekspedisi berperang dengan pasukan
angkatan laut Kerajaan Sepanyol, Genoa & Venecia.
• Piri Reis membuat dua buah peta dunia buatannya iaitu:
1) Peta dunia pertama buatannya (1513M).
Memiliki tahap ketepatan yang tinggi dalam menggambarkan
jarak & kedudukan antara benua di dunia.
Perkara yang paling menakjubkan adalah di dalam peta buatan
Piri Reis memuatkan peta Amerika pada zaman kuno.
Kedudukan benua Amerika & Afrika dilakar dengan
terperinci & beliau juga memasukkan peta Amerika Selatan.
Gurun Sahara diambil sebagai pusat petanya.
2) Peta dunia kedua buatannya (1528M).
Melakar peta Greenland & Amerika Utara bermula dari
Labardor, Newfoundland, sehingga ke arah utara menuju Florida, Cuba serta
bahagian dari Amerika Tengah.
• Kitab I-Bahriye setebal 434 halaman merupakan salah satu
karya agung Piri Reis & merupakan buku navigasi yang diakui kehebatannya.
Kitab ini mengandungi maklumat terperinci tentang pelabuhan
utama, laut, teluk, semenanjung, tanjung, berbagai pulau, selat & tempat
rehat yang terdapat di Laut Mediterranean.
Memuatkan 290 buah peta & dimuatkan juga maklumat
tentang orang tempatan dari setiap negara serta budaya tempatannya.
Piri Reis menulis juga mengenai maklumat kaitan antara ilmu
astronomi & ilmu navigasi.
• Di dalam kitab ini terbahagi kepada 2 bahagian yang
penting iaitu:
1) Bahagian pertama:
Mengandungi mengenai jenis badai di lautan, teknik
menggunakan kompas, maklumat mengenai pelabuhan & pantai.
Teknik navigasi berdasarkan bintang & karateristik laut
utama di dunia.
2) Bahagian kedua:
Mengandungi petunjuk pelayaran & setiap topik dilengkapi
dengan gambar peta mengenai pulau & pantai.
Piri Ries juga melakar Selat Dardanela, pulau & pantai
di Laut Aegea, Laut Ionea, Laut Adriatik, Laut Tirania, Laut Liguria &
wilayah Riviera Perancis.
Beliau juga menulis tentang jenis bangunan penting &
monumen penting di setiap kota yang beliau kunjungi.
• Piri Ries melengkapkan petanya dengan melakar Pulau
Balearik, pantai Sepanyol, Selat Gibraltar, Pulau Canary, Pantai di Afrika
Utara, Mesir, Sungai Nil & pantai di Anatolia.
• salinan kitab ini banyak ditemui di berbagai perpustakaan
& muzium di seluruh dunia.
Salinan pertama diterbitkan pada tahun 1521M & disimpan
di Istana Topkapi, Istanbul.
Salinan yang lain tersimpan di perpustakaan Nuruosmaniye
& perpustakaan Suleymaniyah di Istanbul.
Perpustakaan Nasional Perancis, Muzium Inggeris di London,
perpustakaan Boldeian di Oxford & muzium seni Walters di Baltimore.
Salinan kedua ditemui di Perpustakaan Kopruluzade Fazil
Ahmed Pasha.
– TAMAT –
loading...
0 Response to "Piri Ries: Ilmuwan Agung Islam Dari Turki Uthmaniyah"
Post a Comment