Semua penjawat awam (termasuk menteri) & swasta yang
sedang menjalankan tugasan rasmi dan dibayar gaji atas kerja itu, TIDAK BOLEH
lagi untuk mereka mengambil apa-apa HADIAH, DERMA, SEDEQAH oleh pelanggan atau
orang ramai yang DISEBABKAN jawatan yang dipegangnya. Hatta sekiranya pemberi
menyatakan dia Ikhlas, ia tetap masih lagi HARAM hukumnya di dalam Islam,
berdalil antaranya:-
1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
من استعملناه على عملٍ فرزقناه
رزقًا فما أخذ بعد
ذلك فهو غلولٌ
” Barangsiapa yang telah kami ambil
untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki
(gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (atau
ghalul = pengkhianatan & curi) ” (Hadith Riwayat Abu Daud, no 2943, ِAl-Zahabi : Isnad Soleh, Abu
Daud : Soleh; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah
ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan
kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip
sambil berkata :
فيأتي فيقولُ : هذا مالُكم وهذا
هديةٌ أُهدِيَتْ لي، أفلا جلَس
في بيتِ أبيه وأمِّه
حتى تأتيَه هديتُه،
“ini untukmu (bahagian untuk Islam)
dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh
murka Baginda sambil bersabda :” Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah
bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar
betul (layak mendapat hadiah)” (Al-Bukhari & Muslim )
Beringatlah semua penjawat dan pemegang kuasa bagi
menguruskan urusan awam, sebarang hadiah yang diterima adalah DOSA dan TIADA
BERKAT pada harta tersebut. Jika dimakan, hilanglah BERKAT, hampirlah kepada
asbab ke Neraka.
Ini kerana larangan dalam hal ehwal muamalat dipegang pada
‘illahnya, maka larangan tersebut dihuraikan ulama adalah atas sebab utama
berikut :-
1. Elak Rasuah: Bagi mengelak berlakunya rasuah dan
pemilikan harta disebabkan bodek kerana menginginkan suatu BALASAN manfaat dari
penjawat awam dan swasta terbabit, seperti meluluskan projek yang dipohonnya,
memudahkannya mendapat kelebihan oleh pihak penguasa dan seumpamanya. Maka
hasil dari derma, sedeqah atau hadiah terbabit akan mempengaruhi penguasa
memberikan sesuatu manfaat dan kelulusan kepada yang tidak berhak serta tidak
langsung menafikan yang berhak khususnya apabila ia melibatkan kuota jumlah
tertentu sahaja. Ini adalah berdasarkan kefahaman dari hadis berkaitan hal ini
dan rasuah.
2. Elak Ketidakadilan dan mengelakkan pecah amanah di
kalangan penguasa: Bagi mengelakkan tidak amanahnya penjawat yang eksploitasi
kedudukannya untuk mengaut keuntungan tambahan dari kerja hakiki BERGAJI,
dibuat pula secara rahsia tanpa pengetahuan dan keizinan majikan yang telah
memperuntukan gaji khas buatnya untuk kerja khusus tersebut. Point ini juga
bersumberkan hadis laragan Nabi pengambilan harta ghanimah sebelum dikumpul dan
diagihkan sendiri oleh baginda Nabi kepada pejuang-pejuang.
3. Mengelakkan makan harta orang secara bathil tanpa
kerelaan: Bagi mengelakkan penjawat tertentu memeras wang orang ramai yang
terpaksa berurusan dengannya bagi sesuatu urusan berkait polisi yang
dikuatkuasa oleh pihak berkuasa seperti mendapatkan lesen etc. Akhirnya orang
ramai terpaksa rela untuk memberi imbuhan bagi melancarkan urusannya. Illah ini
turut datang dari hadis larangan memakn harta orang lain secara paksa dan tanpa
rela.
PENGECUALIAN?
Sememangnya ada perbincangan di kalangan ulama berkenaan pengecualian.
Sekiranya semua kesemua ELEMEN TERSEBUT dapat dielakkan, contohnya :-
a. Bagi seorang ulama yang memegang jawatan. Yang mana sudah
menjadi kebiasaan orang memberikan hadiah kepadanya kerana sumbangan ilmunya
& kesolehannya HATTA SEBELUM memegang apa-apa jawatan serta terbukti
bolehpercaya dan tiada elemen bodek untuk mendapat keutamaan. Namun MASIH PERLU
DIJAUHI sekiranya boleh membawa TOHMAH & fitnah terhadap Islam dan
kedudukannya selaku ilmuan Islam .
b. Bagi jawatan yang tiada potensi menambah manfaat kewangan
dan manfaat tambahan lain kepada pemberi, seperti kepada doktor perubatan,
doktor gigi, tukang repair kereta, bell boy, pelayan restoran dan yang
seumpamanya. Pun begitu, jika hal ini gagal melepasi elemen-elemen lain atau
termasuk kesalahan etika organisasi tempat kerja, maka masih perlu dijauhi.
c. Guru-guru yang setelah tamatnya pengajian si pemberi.
Justeru tiada syubhat ia dijadikan ‘bayaran’ untuk sesuatu manfaat dan markah
etc.
d. Memang sifat pekerjaannya mengharapkan bayaran hadiah
tips selain gaji asasi, seperti bell boy, pelayan restoran etc. yangmana ia
diketahui oleh majikan, dibenarkan dan dipantau secara terkawal.
e. Diberikan kepada penjawat atas kerja buatnya yang diluar
ruang lingkup kerja hakikinya. Maka itu layaklah dia menerima upah tambahan
setimpal kerana itu dikira kerja luar tidak bergaji.
dan lain-lain yang
panjang untuk huraian lengkapnya.
Sumber :Dr Zaharuddin
loading...
0 Response to "Ikhlas atau tidak, haram untuk penjawat awam terima hadiah semasa bertugas"
Post a Comment