Seperti yang sedia maklum, ramai di antara kita yang agak
terkejut dengan hadis ini. Ini kerana ramai di antara kita yang tidak pernah
baca malah tidak pernah tahu akan sebuah hadis mengenai warna baju yang
dilarang dipakai oleh lelaki. Warna yang dilarang dipakai oleh lelaki mengikut
hadis adalah seperti warna Saffron, kuning kunyit dan warna merah.
Berikutan itu, satu soalan telah diajukan kepada pakar hadis
iaitu Dr Rozaimi Ramle (LINK). Antara soalannya adalah seperti berikut.
Soalan
Assalamualaikum Dr. Mohon penjelasan tentang kesahihan hadis
hadis berikut mengenai warna baju yang dilarang untuk lelaki.
Warna:
1. Saffron (HR Bukhari 77 dan 63)
2. Kuning Kunyit (HR Abu Dawud 4406)
3. Merah (HR Sunan Nasaie 5185)
Dr Rozaimi menjawab:
Waalaikumussalam.
Tidak dinafikan ada perbezaan pandangan di kalangan ulama.
Saya memilih pandangan berikut:
1. Merah memang dilarang jika merah sahaja tanpa campur
warna lain. Kalau campur tak dilarang.
2. Kuning dan oren
dilarang jika dicelup dgn warna dari saffron atau usfur (tumbuhan). Tapi kalau
warna tu bukan dari warna tumbuhan ni maka tak dilarang. Larangan ni khas untuk
lelaki sahaja
Penjelasan lebih lanjut berkaitan larangan memakai baju
merah bagi lelaki
Menurut Dr Rozaimi berkaitan baju merah ulamak ada pelbagai
pendapat yakni ada khilaf ulamak. Ada ulamak berpendapat hukumnya harus seperti
mazhab Syafie dan sebahagian ulamak Hambali berkata harus pakai merah kerana
ada dalam hadis Bukhari Nabi Muhammad SAW pernah memakai baju, selendang dan
kain yang ada warna merah yakni bukan merah penuh tapi cuma garisan merah.
Manakala ada sebahagian ulamak berkata haram kerana ada hadis riwayat Nasaie
mengatakan tak boleh memakai baju merah.
Jadi Dr Rozaimi berpendapat selagi mana merah tu tak penuh
yakni merah yang juga bercampur dengan warna lain maka ianya dibolehkan. Contoh
seperti jersi pasukan bolasepak Liverpool. Menurutnya larangan ini sebenarnya
terkait dengan zaman, kerana pada zaman itu, mereka yang pakai baju merah
adalah wanita. Jadi bila pakai baju merah ada unsur tasyabbuh (menyerupai orang
lain dalam suatu perkara) dengan orang perempuan iaitu seperti warna merah
jambu yang dipakai orang lelaki pada zaman sekarang.
video hukum memakai baju merah by Dr.Rozaimi
Kesimpulannya Dr Rozaimi menjelaskan hadis ini ada khilaf
ulamak, ada ulamak yang membenarkan, ada ulamak yang kata haram, ada ulamak
yang kata makruh, ada ulamak yang berpendapat selagi mana merah tidak penuh
tidak mengapa dan ada ulamak yang kata ianya terikat dengan zaman maksudnya
pada zaman itu lelaki memakai baju warna merah menyerupai perempuan jadi lelaki
tidak dibenarkan memakainya.
Dr Rozaimi memilih pendapat yang menyerupai perempuan. Yakni
pada hari ini ada orang pakai baju merah penuh tidak mengapa tetapi nak lebih
selamat campurkanlah sedikit dengan warna lain maksudnya ada warna hijau
sedikit atau ada garisan warna lain. Boleh rujuk video di atas untuk pencerahan
lanjut
loading...
0 Response to "Hukum lelaki memakai baju warna merah. Ramai tidak tahu.."
Post a Comment