Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang bertaqwa,
menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga ibadahnya kepada Allah Taala.
Isterinya juga seorang yang bertaqwa.
Suatu hari, apabila dia pulang ke rumah dia melihat air muka
isterinya berubah dan menjadi kemerah-merahan.
Dia sangat terkejut dengan keadaan tersebut. Lalu, si suami
bertanya kepada isterinya perkara yang telah berlaku, tetapi isterinya enggan
menceritakannya.
Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan apa
yang berlaku, isterinya bertanya : “ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”
– Pengisi air yang dimaksudkan adalah seorang lelaki yang mengisikan
air ke dalam tempayan untuk diminum oleh tuan rumah.
Suaminya menjawab : “ Ya ”
Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa lamakah dia
telah berkhidmat dengan kita? ”
Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ” Isterinya bertanya
lagi : “ Adakah kamu mengetahui kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”
Jawab suaminya : “ Tidak ”
Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan satu
perbuatan yang buruk ”
Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia lakukan? ”
Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk mengisi
air ke dalam tempayan di dalam rumah kita seperti kebiasaannya, aku pun membuka
tempayan tersebut.
Apabila aku menutup kembali tudung tempayan tersebut,
tiba-tiba dia pun memegang tanganku dan menggengam pergelangan tanganku kuat
sedikit ”
Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia menangis
sepuas hatinya.
Kemudian, suaminya bangun solat taubat sebanyak dua rakaat
meminta pengampunan dengan Tuhannya.
Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu? Mengapa kamu
tidak pergi kepadanya dan menghukumnya? ” Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang
berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”
Perhatikan maksud kata-kata ini ; “ Apa yang berlaku
berpunca daripada diriku sendiri ”
Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”
Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang
wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang tangannya yang diperbuat
daripada emas.
Ketika dia masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk
ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku tidak menundukkan
pandanganku.
Aku melihat tangannya melebihi had yang sepatutnya.
Nafsu menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada
gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti lelaki tersebut menggengam
tanganmu ”
Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi si suami
lalu dia berkata: “ Gengaman dibalas gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih
daripada itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan melakukan lebih
dari itu kepada isterimu ”
MORAL OF THE STORY...
✔ Tundukkan pandangan dari
melihat perkara yang diharamkan oleh ALLAH Ta'ala.
✔ ALLAH Ta'ala akan membalas
segala perkara buruk yang kita lakukan.
✔ Sebagaimana kita tidak suka
orang yang kita sayangi disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari menyakiti
orang lain.
✔ Bersegeralah memohon keampunan
dari ALLAH Ta'ala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar taubat dan
berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
✔ Mohonlah perlindungan dari
ALLAH Ta'ala supaya tidak terjebak dalam perkara yang dimurkaiNya.
✔ Berusahalah menjadi hambaNya
yang mentaati suruhanNYA dan meninggalkan maksiat kepadaNya.
✔ Basahkan lidah dengan
istighfar. Dalam masa yang sama, hiasi diri dengan amalan ketaatan dan
meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar yang diucapkan.
✔ Banyakkan muhasabah setiap
amalan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian Firman ALLAH yang bermaksud :
“ Dan bersegeralah memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya
seluas langit dan bumi. Dijanjikan kepada orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang
yang membelanjakan (hartanya) di waktu senang dan susah, orang yang menahan
perasaan marahnya dan mengampuni kesalahan manusia. Dan Allah Taala itu suka
kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan orang yang apabila melakukan perbuatan
yang keji atau menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah, mereka terus
memohon keampunan dari Allah atas dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahuinya. Mereka itu
balasannya adalah keampunan dari Tuhannya serta syurga yang mengalir di
dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Sebaik-baik pahala bagi orang
yang beramal ” -Ali-‘Imran : 133-136 Kisah ini telah diceritakan oleh Al Habib
Ali Al Jifri ( keturunan Rasulullah SAW )
loading...
0 Response to "Dosa Suami, kesan kepada Isteri jua.. Nauzubillah.."
Post a Comment