TURKI - Seorang wanita muda mengalami kesan sampingan yang
mengerikan menyebabkan kedua-dua tangannya bengkak dan melepuh selepas membuat
inai (black henna) ketika bercuti, lapor Daily Mail.
Sophie Akis terdahulu bercadang mahu mendapatkan tatu
sementara selepas didatangi seorang peniaga jalanan di pantai semasa bercuti
bersama keluarganya di sebuah resort di tepi pantai Agadir, Maghribi.
Mangsa berusia 22 tahun yang sedang bercuti bersama suami
dan beberapa saudara maranya yang lain, bagaimanapun memilih untuk menguji inai
tersebut di kulitnya dan menunggu selama 24 jam sebelum membuat pembayaran
sebanyak 4 pound bagi tatu sementara yang popular itu.
loading...
0 Response to "Tangan bengkak & melepuh selepas diinai (black henna)"
Post a Comment