Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad
‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat
sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan
sesuatu yang lain.
Sabda Rasulullah
SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka
janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, Muslim)
.
Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah
seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga
mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
.
Sekiranya sampai ke masjid hanya beberapa minit sahaja akan
didirikan solat fardhu, maka memadailah seseorang itu mendirikan solat sunat
sebelum fardu dan ia sudah dikira sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat
Tahiyatul Masjid. Boleh juga untuk menyatukan dua niat antara mana-mana solat
sunat qabliyah dan Solat Tahiyatul Masjid.
.
Jika seseorang itu meninggalkan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
tetapi terus menunaikan solat sunat qabliyah atau solat wuduk, maka ia juga
memadai kerana hadis di atas berbentuk umum, iaitu ‘mendirikan solat dua
rakaat’.
.
Apabila berkelapangan dan ada kesempatan, maka adalah
sewajarnya seseorang itu melakukan Solat Sunat Tahiyatul Masjid berasingan yang
natijahnya akan memberatkan lagi timbangan amal di akhirat.
Tujuan
1. Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
2. Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
3. Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.
Tertib
Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan
pekara2 berikut:
.
1. Bila seseorang
jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:
2. Berniat iktikaf.
3. Dan apabila
sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi
syaitan eloklah dibaca:
Cara Melakukan Solat
Tahiyatul Masjid
Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul
Masjid dua raka’at. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya
saja yang berbeza.
.
1. Niatnya :
2. Bacaan surah
selepas Al-Fatihah:
Raka’at pertama
– Al-Kafirun.
Raka’at kedua –
Al-Ikhlas.
3. Zikir Selepas
Solat Sunat Tahiyatul Masjid
a. Kemudian selepas
selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;
b. Selepas itu
berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau
sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan.
Fadhilat Solat Sunat Tahiyatul Masjid
1. Melatih masyarakat
ke arah meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
2. Menyuburkan
perasaan menghormati segala makhluk Allah SWT.
3. Dapat meningkatkan
ketenangan jiwa dan perasaan.
4. Mendidik diri
lebih berperatuan dan berdisplin.
5. Memperolehi pahala
yang berlipat kali ganda.
.
Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di
antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu
masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa
mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
.
1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk
dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.
.
2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.
a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.
b. Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.
3 Sekiranya masuk
masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan
tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang dikira sudah memadai sebagai memenuhi
tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
4. Apabila masuk masjid, khatib sedang berkhutbah atau
majlis ilmu sedang dijalankan, hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua
rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan
mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang
masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah
Jumaat dijalankan.
Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik
al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang
menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:
“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta
pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah
seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah,
hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari)
5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul
Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia
sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3
kali: ‘Subhanallah Walhamdulillah
Walailahailallah Wallahu Akbar.’
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: “Jika iqamah solat
sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis
Riwayat Muslim)
6. Sekiranya
seseorang itu sedang dalam rakaat pertama Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan para
jemaah pun mendirikan solat fardhu, maka wajib baginya membatalkan solat
tersebut dan menyertai solat fardhu kerana ada tegahan daripada Rasulullah SAW:
“Apabia didirikan solat fardhu, maka tiada solat ketika itu melainkan solat
fardhu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Tetapi jika dia berada di rakaat kedua, maka hendaklah dia
mempercepatkan dan sempurnakan rukun-rukun yang berbaki sehingga salam sebelum
menyertai jemaah solat fardhu.
7. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar
masjid, contohnya di padang atau kaki lima.
Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar
khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka
boleh Solat Sunat Qabliyah Jumaat.
8. Bagi mereka yang
menunaikan haji atau umrah, apabila memasuki Masjidilharam hendaklah melakukan
Tawaf sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan bukannya Solat Tahiyatul
Masjid. Kata Ibn Abbas r.a. “Tahiyat Kaabah ialah Tawaf”.
9. Mereka yang telah
bermukim di Makkah dan datang ke masjid untuk solat, menuntut ilmu dan
seumpamanya, sebaik-baiknya mereka hendaklah melaksanakan Solat Sunat Tahiyatul
Masjid bukannya mengerjakan Tawaf.
Wallahualam
loading...
0 Response to "Solat Sunat Tahiyatul Masjid!! Laksanakan Dan Perolehi Kelebihannya!"
Post a Comment