gambar hiasan |
Ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik,
boleh melihat dengan sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum,
berjalan dan lain-lain lagi.
Tetapi pada hari akhirat nanti ada di antara orang-orang
yang celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta.
Kenapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian?
Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran
Allah yang sebenar, tidak melakukan perintah Allah, sebaliknya melakukan
maksiat dan membuat dosa-dosa besar serta menzalimi orang lain, matanya tidak
digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat
kebatilan.
Orang-orang seperti ini hidup di dunia akan disempitkan,
tidak tenang, menderita dan ditimpa musibah. Manakala di akhirat pula, mereka
menjadi buta sebagai balasan keingkaran ketika berada di dunia.
Firman Allah SWT maksudnya : “Dan sesiapa yang berpaling
ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya
kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan
buta. Ia berkata: 'Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan
buta, pada hal aku dulu celik'?”(Surah Taha (20) ayat 124-125)
Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi
Allah SWT di akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar-benar taat dan
akrabnya di dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT akan
mendampingi kita.
Siapa yang mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat
dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti.
Sesiapa yang ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan
mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan
buta. Demikianlah balasan terhadap orang-orang yang diberi peringatan tetapi
lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kaimat nanti
sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.
Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang
ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta
meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta
ditinggalkan". (Surah Taha (20) ayat 126)
Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata: “Sesiapa
yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan
Allah di sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera
melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga berusaha menghiasi
diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”
Jika mata jika dihalakan kepada kemaksiatan boleh
menyebabkan seseorang itu menerima azab di akhirat. Begitu juga mulut, kaki,
tangan dan anggota lain perlu dihalakan kepada ketaatan kepada Allah SWT
barulah beroleh selamat dan kasih sayanag Allah SWT.
Justeru, marilah sama-sama kita menghitung diri, adakah kita
sudah cukup amalan untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak, adakah
segala amalan di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan
akan diperhitungkan.
credit: islam itu indah
loading...
0 Response to "Nauzubillah Min Zalik, Inilah Golongan Yang Akan Buta Matanya Di Akhirat. Mohon Baca Dan Sebarkan..."
Post a Comment