Bangkai berukuran raksasa dijumpai tersadai di pesisir
pantai Dusun Hulung, Desa Iha, Kabupaten Seram Bagian Barat, Maluku, pada hari
Rabu (10/05/2017) petang.
Menurut saksi penduduk, bangkai itu dijumpai kira-kira pada
pukul 4.00 petang. Bau menyengat dari bangkai menjadi perhatian penduduk
setempat sehingga ramai penduduk berpusu-pusu datang mahu melihat bangkai
tersebut.
Oleh kerana bangkai tersebut menggemparkan penduduk,
dilakukanlah pemeriksaan untuk mengenal pasti bangkai tersebut. Namun setakat
ini belum diketahui apa jenis haiwan tersebut. Dikatakan ada bahagian tubuh
kelihatan seperti gading sepanjang lima meter.
Salah seorang penduduk bernama Alberto mengatakan bahawa dia
belum mengetahui jenis haiwan apa yang terdampar di pesisir pantai tersebut.
Alberto juga telah menghubungi Pejabat Perikanan Kabupaten
Seram Bagian Barat dan juga Balai Konservasi Sumber Daya Alam, serta penyelidik
dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia.
Ramai penduduk yang meneka jenis haiwan apakah itu, sama ada
sotong atau paus. Jika sotong tidak mungkin kerana kulitnya sangat keras, jika
paus, paus tidak mempunyai gading.
Jadi, apakah sebenarnya bangkai haiwan apakah itu?
loading...
0 Response to "Bangkai Makhluk Raksasa Dijumpai Tersadai Di Pantai, Gempar!!"
Post a Comment