1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari
yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat
kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.
Para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu
sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah
mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)
2. Mandi Jumaat
Mandi pada hari Jumaat adalah sunat yang sangat digalakkan
bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana
Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi
setiap orang yang baligh.”
(Shahih HR. Bukhori dan Muslim)
Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim lelaki yang
telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan
musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Mandi Jumaat
ini seperti mandi janabah iaitu seperti mandi wajib .. menyiram seluruh anggota
tubuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi Jumaat
seperti mandi janabah.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)
3. Menggunakan Minyak Wangi
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi
pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak
wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu
solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam
dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat
berikutnya.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)
4. Bersegera untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat
Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)
Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para
sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang,
berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya
para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah
panasnya.”
(Lihat *Fathul Bari II/388)
5. Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Huroiroh R.A menuturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W.
bersabda,”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat
semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat
bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat
berikutnya ditambah tiga hari.”
(Shahih HR. Muslim)
6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah
melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika
solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)
7. Solat Sunat setelah Solat Jumaat
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Apabila kalian
telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr
menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail
berkata,“Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat
di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”
(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)
8. Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda yang ertinya, ”Barang siapa yang membaca surat
Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”
(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok)
Ahmad Sanusi Husain
CEO & Principal Consultant - Alfalah Consulting
loading...
0 Response to "Adab dan Sunnah Hari Jumaat Yang Boleh Diamalkan"
Post a Comment