Sudah menjadi kebiasaan orang dikampung untuk menanam pokok
pandan dan biarkan ia merimbun hingga menjadi semak kerana tidak dijaga.
Tahukah anda bahawa suasana pokok panda yang merimbun
berkenaan sebenarnya menarik perhatian binatang berbisa untuk jadikan ianya
sebagai sarang untuk membiak dan tinggal.
Dikongsikan oleh Puan Salmiah Marzuki di mana beliau telah
dipatuk ular berbiasa ditangannya ketika hendak mengambil daun pandan di
rumahnya di mana daun pandan berkenaan dibiarkan merimbun di belakang rumah.
41 hari yang lalu...jari saya digigit ular...6hari 6mlm saya
menginap di hospital....akibat gigitan ini, sehingga sekarang jari masih tidak
dpt berfungsi spt asal....
Bukan ini cerita yang saya nak smpikan tetapi aya ingin
berkongsi nasihat seorg doktor agar jangan membela pandan di belakang rumah
sehingga terlalu merimbun....
Memadai dengan menanam di dalam pasu untuk kegunaan sendiri
(yang menanam untuk tujuan komersial lain cerita ya).....doktor kata,
berdasarkan pengalamannya bertugas di unit orthopedik, banyak kes "snake
bite" berlaku ketika di kawasan pokok pandan (termasuk kes saya...hihi)...
Ular memang suka bersarang di celah2 rimbunan pokok
pandan.....berhati2 ya semua rakan kebun bandar...
Sumber: Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
loading...
0 Response to "Jangan Tanam Daun Pandan Sampai Terlalu Merimbun Kerana..."
Post a Comment