Di Malaysia, buah ini dikenali sebagai Durian Belanda, berbanding di Indonesia ia dikenali sebagai buah Sirsak.Pohonnya rendah, buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis.
Buah durian belanda ini sering dijadikan jus tetapi tahukah
anda, buah durian belanda ini mempunyai pelbagai khasiat lain yang bermanfaat!
Khasiat Durian Belanda
- Serbuk teh daripada daunnya dipercayai mampu mengubati penyakit sakit tekak berkahak dan kerongkong.
- Minyak daripada daun muda durian belanda dipercayai boleh melegakan sakit sendi dan sengal-sengal anggota badan.
- Khas untuk ibu yang mempunyai masalah susu badan, jus durian belanda membantu anda meningkatkan pengeluaran susu badan.
- Membantu mengurangkan demam panas dan cirit birit.
- Digunakan sebagai ubat malaria dan ulser perut.
- Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada kimoterapi.
- Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan.
- Mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.
- Durian belanda juga boleh mengubati kecing manis, penyakit hati dan jantung.
- Selain berfungsi sebagai antikanser, ia juga membantu sebagai antibakteria, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Anda Menggemari Jus Durian Belanda?
Bahan-bahan:
Isi durian belanda
250 gram gula
5 liter air
½ biji limau nipis (boleh jugakan buah lemon)
Cara membuat jus Durian Belanda:
Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar.
Kisar sehingga halus.
Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan
tambahkan baki air tadi.
Perahkan ½ biji limau nipis.
Kacau sehingga sebati dan boleh dihidangkan. Jika anda
mahukan rasa yang lebih enak, hidangkan dalam keadaan sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber:wom,my
loading...
0 Response to "Durian Belanda Pencegah Perbagai Penyakit Kronik Di Malaysia. "
Post a Comment