Pernah bekerja sebagai tukang sapu sampah dan pengawal
keselamatan
Khairul Zahrin atau lebih mesra dipanggil 'Chixx Roxx'
merupakan anak muda yang baru berusia 26 tahun tinggal di Sungai Petani, Kedah.
Kisah beliau sangat sesuai dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada setiap
belia agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita walaupun pernah
gagal berkali-kali dan tidak ada sebarang kelayakan.
Pada tahun 2012 Khairul Zahrin bermula sebagai tukang sapu
di sebuah syarikat pembersihan swasta, beliau akan mula rutin harian selepas
subuh untuk menyapu setiap jalan besar sekitar bandar Alor Setar. beliau
sedikit tidak malu dengan kerjayanya pada waktu itu kerana beliau sedar bahawa
itu sahaja beliau mampu lakukan kerana tidak mempunyai sebarang sijil pengajian
peringkat tertinggi malahan sijil SPM pun tiada.
Setelah Khairul Zahrin menerima banyak pengalaman dalam
sektor pembersihan, pada tahun 2013 beliau cuba beralih arah dengan berkerja
sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank. Kerja sebagai pengawal keselamatan
bank adalah sangat berisiko tetapi dengan keazaman dan ilitizam yang kuat
beliau tetap meneruskan kerja murni tersebut. Di usia yang begitu muda beliau
tidak malu untuk memilih sebarang perkerjaan malah beliau gembira dengan setiap
kerjaya yang dilakukannya.
chixx roxx ceria berkerja sebagai pengawal keselamatan
Percubaan untuk berniaga kali pertama menemui kegagalan
Khairul Zahrin mula berfikir adakah beliau akan berkerja
begini sehingga pencen. Setelah berfikir sedalam-dalamnya beliau mula
menetapkan matlamat untuk berjaya sebelum berusia 30an. Di situ bermula kisah
kebangkitan anak muda yang ingin berbakti membantu keluarga serta masyarakat.
beliau bermula pada tahun 2014 dengan menjual kek coklat dan diletakkan di
kedai-kedai sekitar Sungai Petani, namun apa yang menghampakan kek coklat yang
diletakkan dikedai hanya sedikit jumlah jualannya iaitu sebanyak 2 bekas
sahaja.
Semangat beliau mula padam kerana jualan kek coklat yang di
usahakannya itu tidak memberangsangkan. beliau mula berfikir perniagaan baru
dan terus tidak mengendahkan tentang stok-stok kek coklat yang diletakkan
sekitar kedai berdekatan. Ketika itu, Khairul Zahrin sudah mempunyai dua anak
yang masih kecil untuk disara dan pernah juga beliau mengisi minyak kereta
menggunakan duit syiling sebanyak RM10 kerana tidak mempunyai wang yang cukup.
Ketika itu beliau sendiri rasa tertekan dan terseksa dengan kesempitan hidup.
"Apa yang saya berjaya kecapi sekarang ini, bagi saya mustahil akan berlaku jika bukan kerana support dari mak dan arwah abah yang saya kasihi dan isteri saya yang tercinta.Masa saya jatuh tersungkur, mak abah saya lah yang belikan makanan untuk saya makan.Masa saya tersungkur, bini sayalah yang selalu gosok belakang saya dan pujuk. Bahu dialah tempat saya jadikan tadahan air mata."
bisnes kek coklat khairul zahrin
Keuntungan perniagaan mula diraih
Walaupun merasa sedih dengan hasil jualan kek coklatnya,
namun beliau tidak berputus asa begitu sahaja. Dengan semangat yang baru beliau
mula berniaga nasi kerabu yang disediakan oleh isterinya. Isterinya mahir
memasak nasi kerabu dan oleh sebab itulah beliau cuba untuk menjual nasi kerabu
pula. Pada peringkat permulaan, beliau cuma menghasilkan nasi kerabu dari rumah
dan jika ada pesanan dari pelanggan, barulah beliau menghantarnya. Setiap pagi juga beliau akan memasarkan nasi kerabu
tersebut di kantin pejabat-pejabat sekitar Alor Setar. Dalam sehari, beliau
akan cuba untuk mengedar nasi kerabu tersebut lebih kurang 80 bungkus. Namun
ada ketikanya, hanya 10 ke 20 bungkus sahaja yang terjual.
Bayangkan betapa sedihnya perasaan Khairul Zahrin pada waktu
itu, setiap nasi kerabu yang tak terjual pula, beliau hanya sedekahkan kepada
pelajar-pelajar, orang susah dan juga jiran tetangga.
Sehinggalah tiba bulan Ramadhan 2015, Khairul Zahrin cuba
berniaga biskut pelangi (rainbow cookies) pula. Alhamdulillah hasil jualan dari
biskut pelangi tersebut, pendapatan beliau meningkat berlipat ganda. Dari
sinilah Khairul Zahrin berjaya menambah wang simpanannya. Namun hasil
pencapaian penjualan biskut pelangi ini juga bukan dicapai dengan mudah. Dari
sinilah Khairul Zahrin banyak mendalami ilmu pemasaran dan berkenalan dengan
ramai pakar pemasaran di Malaysia. Maka bermulalah kisah langkah kejayaan demi
kejayaan oleh Khairul Zahrin.
khairul zahrin berniaga biskut raya
|
2015, Tahun 'struggle maut'
Tahun 2015, adalah tahun yang paling bermakna buat Khairul
Zahrin, pada tahun inilah beliau mula terjebak dengan keusahawan dan berkenalan
dengan usahawan-usahawan lain. Kerana tersedar bahawa ilmu pemasaran ini
bukannya boleh diperolehi dengan mudah dan berseorangan, maka muncullah idea
untuk menubuhkan "Group Support Like" iaitu sebuah platform untuk
membantu para usahawan yang baru berkecimpung dalam perniagaan atas talian.
Perniagaan penghantaran nasi kerabu terpaksa dihentikan
kerana terlalu sibuk mengendalikan kelas pemasaran atas talian namun beliau
bersyukur kerana platform yang di usahakan olehnya mendapat sambutan yang luar
biasa. Dari situ beliau mula bangkit untuk membantu orang yang memerlukan
khidmatnya melalui laman sosial seperti Facebook. Beliau membantu usahawan
membina personal branding dengan beberapa pendekatan dan formula yang jarang
dikongsi oleh orang lain.
kredit gambar saudara aswat izani ibrahim
2016, Pembukaan restoran nasi kerabu 'beratoq'
Beliau mula menyusun strategi perniagaan dan berbekalkan
modal minima hasil dari upah mengajar dalam kelas pemasaran atas talian
"Group Support Like" itu, beliau berjaya membuka sebuah Restoran Nasi
Kerabu di Sungai Petani. Sehingga sekarang Khairul Zahrin masih menguruskan
restoran dan kelas bisnes atas talian yang di usaha olehnya.
Bersempena dengan artikel ini, Khairul Zahrin ingin
mengambil kesempatan untuk menyampaikan pesanan dan nasihat ringkas kepada anda
semua pembaca. Antara pesanannya adalah :
- Mulakan berkawan dengan orang yang lebih berjaya.
- Bacalah Al-Quran. Sehari 2 mukasurat sudah memadai.
- Bisnes bukan sesuatu yang mudah. Kadang di bawah kadang di atas. Jangan pernah berhenti untuk mencuba benda baru. Kita tak tahu di mana rezeki kita.
- Jagalah hati ibu bapa. Kalau boleh tinggal bersama mereka kalau kita ini seorang anak lelaki.
- Mulakan perniagaan dengan kos yang minimum. Kalau tak menjadi, anda tak menangis teruk sangat.
- Jangan sertai MLM. Itu semua mengarut. Mana ada benda yang mudah untuk kita menjadi kaya dalam dunia ni.
- Jangan takut gagal banyak kali, kerana kita hamba Allah yang Maha Kaya.
pesanan khairul zahrin
Ikuti laman fb beliau : Khariul Zahrin
baca juga
- Tips Bijak Menguruskan Gaji Bulanan yang Terhad agar hujung bulan tidak 'Pokai'
- Kelebihan Dan Hikmat Ayat Seribu Dinar
- Kenapa ada Orang Tak Solat, tapi Kaya Raya. Kita yang Tak Tinggal Solat, Hidup Susah?
loading...
0 Response to "Dulu tukang sapu sampah, kini pemilik restoran dan perunding perniagaan atas talian"
Post a Comment