doa dimudahkan segala urusan |
Pada kesempatan hari penuh berkat ini, ana ingin berkongsi
dengan antun semua, sebuah doa yang amat bermanfaat sebelum memulakan sesuatu
pekerjaan, semoga doa ini dapat memudah dan mempercepatkan segala urusan.
Doa ini adalah doa yang sahih daripada Rasulullah ﷺyang mengandungi permohonan
berbagai kemudahan dalam segala urusan. Semoga ianya bermanfaat.
Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺbersabda;
“Allahumma laa sahla illa maa
ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.”(Ya Allah! Tiada
kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan
(kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.)”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya
(3/255). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum
wal Lailah’. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah).
Sanad hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh
Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban.
.
.
Khasiat Doa
Penjelasan daripada faedah doa di atas adalah:
Setiap sesuatu kesenangan dan kemudahan itu pastinya hanya
datang dari Allah سبحانه وتعالى. Sekalipun sesuatu yang
sukar, boleh menjadi mudah jika Allah سبحانه
وتعالى mengkehendakinya.
Hati antum hendaklah sentiasa bergantung kepada Allah سبحانه وتعالى, bukan bergantung pada diri sendiri yang
lemah. Jika hati terlalu terlalu yakin atau mempercayai diri sendiri sahaja
sehingga melupakan Allah سبحانه
وتعالى, maka semestinya
apa saja yang dilakukan atau sesuatu urusan tersebut akan menjadi semakin
sukar. Ingatlah bahawa sesiapa yang sentiasa bertawakkal pada Allah سبحانه وتعالى, maka Allah سبحانه
وتعالىakan memudahkan
setiap urusannya.
Manusia mempunyai kehendak. Tetapi kehendak tersebut hanya
boleh direalisasikan dengan baik dan sempurna, jika Allah menghendakinya. Oleh
kerana itu, hati seharusnya bersandar pada Yang Maha Khaliq iaitu Allah سبحانه وتعالى.
Perlunya beriman kepada takdir Ilahi dengan baik dan redha
supaya tidak menjadikan seseorang semakin dukacita di atas segala musibah atau
kesukaran yang menimpanya.
Takdir di satu bahagian kelihatan agak menyakitkan. Namun
Yakinlah! Jika kita melihat dari sebelah yang lain pula, pasti ada yang terbaik
dan hikmah tersembunyi yang terdapat di sebalik semua yang terjadi itu.
Semoga doa ringkas ini bermanfaat dan dapat diamalkan ketika
antum semua berada dalam keadaan sukar dan ketika mengharapkan pertolongan,
kesenangan dan kemudahan dari Allah سبحانه
وتعالى.
Segala puji bagi Allah سبحانه
وتعالى yang dengan
nikmat-Nya setiap kebaikan menjadi lengkap dan sempurna.
.
loading...
0 Response to "DOA SUPAYA DIMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN"
Post a Comment