gambar dari shafiqolbu |
50 perkara yang menyebabkan kehidupan seseorang sentiasa
malang adalah seperti yang tersenarai di bawah. Diterangkan kesusahan seseorang
mempunyai hubung kait dengan perkara yang sering dilakukan dan kebanyakannya
terdapat dalam kitab ‘Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah’ yang disusun
oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi.
50 perkara yang membawa malang tersebut ialah :
1) Tidak
melakukan solat (sembahyang).
2) Tidak membaca
‘Basmallah’ (Bismillah) ketika hendak makan.
3) Makan sebelum
mandi hadas.
4) Makan atas
pinggan yang terbalik.
5) Makan
menggunakan pinggan yang sumbing.
6) Makan makanan
berkuah dengan menggunakan dua jari.
7) Menganggap
ringan makanan yang terjatuh dari pinggan hidangan.
8) Membiasakan
diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
9) Membasuh
tangan dengan tanah atau bekas tepung.
10) Kebiasaan tidak
menutup makan yang dihidangkan.
11) Mandi junub di
tempat buang air atau tempat najis.
12) Berwuduk di tempat
buang air besar atau air kecil.
13) Meludah di tempat
buang air besar atau air kecil.
14) Mengadap kiblat
ketika membuang air besar atau air kecil.
15) Membuang air
kecil pada air yang sedang mengalir.
16) Suka melihat dan
mempermainkan kemaluan.
17) Mendedahkan aurat
di bawah sinaran matahari dan bulan.
18) Membuang hidup
kutu kepala tanpa mematikannya.
19) Membasuh kaki
dengan tangan kanan.
20) Mengelap muka
dengan baju.
21) Suka tidur
beralaskan muka.
22) Suka tidur
menelangkup.
23) Tidur tanpa
memakai baju.
24) Memakai seluar
sambil berdiri.
25) Memakai serban
sambil duduk.
26) Suka menggigit
kuku dengan gigi.
27) Suka
mempermainkan lidah di bibir.
28) Suka
mempermain-mainkan janggut.
29) Meletakkan tapak
tangan pada hidung.
30) Suka mempermain
jari-jemari tangan pada bahagian lutut.
31) Memulakan memakai
kasut atau sandal dengan sebelah kiri.
32) Menjahit baju
yang sedang dipakai.
33) Pergi ke pasar
sebelum matahari terbit.
34) Doakan perkara
yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
35) Tergesa-gesa
keluar dari masjid selepas menunaikan solat Subuh.
36) Lewat pulang dari
masjid selepas menunaikan solat Isyak.
37) Menguap dan
mengantuk ketika melakukan solat.
38) Lewat menunaikan
solat fardhu.
39) Berdiri sambil
bercekak pinggang.
40) Suka duduk di
atas tangga dan laluan orang.
41) Suka bersandar
pada pintu rumah.
42) Tidak suka
membersihkan rumah.
43) Suka membersihkan
rumah pada waktu malam.
44) Membuang sampah
atau menyapu dengan kain.
45) Membakar kain
atau pakaian.
46) Membakar kulit
bawang.
47) Suka memadam
pelita dengan nafas.
48) Berjalan di
antara dua perempuan.
49) Berjalan di
antara kambing ternakan.
50) Berjalan tanpa
memakai sandal atau kasut.
.
.
Firman Allah سبحانه
وتعالى :
قَالُوا۟
ٱطَّيَّرْنَا بِكَ وَبِمَن مَّعَكَۚ
قَالَ طَٰٓئِرُكُمْ عِندَ ٱللَّهِ ۖ
بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تُفْتَنُونَ
﴿٤٧﴾
“Mereka menjawab: “Kami mendapat
nasib yang malang, disebabkan kamu dan juga dengan sebab
pengikut-pengikutmu!” Berkata (Soleh):
“Perkara yang menyebabkan baik dan malangnya nasibmu ada pada sisi Allah,
(bukan kami yang menjadi penyebab), tetapi kamu kaum yang sedang diuji.” (Surah
27 An-Naml: Ayat 47)
credit: shafiqolbu
loading...
0 Response to "50 Perkara Yang Menyebabkan Kehidupan Malang"
Post a Comment