JEDDAH, Selasa – Sembilan buruh rakyat China membuat
keputusan memeluk Islam selepas kagum dengan tingkah laku baik ditunjukkan
seorang imam sebuah masjid serta penduduk setempat di sini, ketika mereka
berdepan masalah.
Imam berkenaan, Dr Walid Ajaji berkata, penduduk setempat
menjumpai pekerja China berkenaan tidur beralaskan kotak berhampiran masjid
itu.
Beliau bersama penduduk kemudian menyediakan tempat tinggal
yang lebih selesa di taman masjid berkenaan selain menguruskan makan minum
mereka.
Sebagai bukan Islam, buruh warga China itu pada mulany
a
takut. Mereka menyangka umat Islam akan melayan mereka dengan buruk, tetapi
jauh daripada sangkaan itu, mereka sebaliknya dilayan dengan begitu baik.
Dr Walid juga berusaha menghubungi Kedutaan China bagi
menguruskan kepulangan pekerja berkenaan ke negara mereka dengan selamat.
Katanya, warga China terbabit meninggalkan syarikat tempat
mereka bekerja kerana tidak dibayar gaji sejak sembilan bulan lalu dan mereka
dilayan dengan buruk.
“Perbuatan itu jelas sekali memberi gambaran buruk mengenai
negara ini dan rakyatnya,” katanya.
Bagaimanapun, tanggapan itu berubah apabila Dr Walid dan
penduduk Islam setempat memberi bantuan kepada mereka.
Beliau berkata, pekerja China berkenaan juga memahami maksud
sebenar Islam dan perwatakan seorang muslim apabila melihat kebaikan penduduk
dan mereka akhirnya menerima Islam.
Seorang pekerja berkenaan berkata, mereka akan pulang ke
China dengan identiti baru seorang Islam.
“Kami akan meninggalkan negara ini tak lama lagi, tetapi
akan membawa bersama kami agama baru serta kenangan indah terhadap kebaikan
penduduk di sini yang memberi layanan yang baik sertakan menunjukkan cahaya
agama baru ini,” katanya. – Agensi
loading...
0 Response to "Buruh Cina peluk Islam selepas kagum tingkah laku imam, penduduk"
Post a Comment