Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta
salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah..
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku
lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”
Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai
Rasulullah!”
Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan
hutangmu.”
Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”
Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada pagi dan petang
bacalah: اللهم إني أعوذ بك
من الهم والحزن… (Doa di bawah).
Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa
dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said
al-Khudri).
“Ya Allah, aku berlindung denganMu
daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan
malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku
berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Doa ini di baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Jika
diamalkan secara istiqamah, insyaallah masalah hutang akan selesai. Doa ini
juga terdapat dalam buku doa alma'surat. Boleh didapati di kedai-kedai buku.
Amalkan dengan yakin. Saya telah mengamalkan doa ini, alhamdulillah sebahagian
dari hutang saya telah selesai saya lunaskan.
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.
loading...
0 Response to "Bacalah Doa Ini Pagi Dan Petang.. Insya Allah Masalah Hutang Akan Selesai"
Post a Comment