Hukum Makan Ayam Goreng Yang Masih Ada darah
Darah kelihatan pada ayam/daging/ikan yang telah dimasak
adalah dibolehkan (dimaafkan). Apa yang haram ialah darah yang mengalir.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Katakanlah (wahai
Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu
yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu
bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah
kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih
atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya
kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka
sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-An’am 6:145)
Al-Tabari di dalam Tafsirnya mengatakan :
“perkataan ‘darah
yang mengalir’ bermakna darah yang mengalir dengan banyaknya. Ini cara Allah
menjelaskan mengenai darah kepada hambanya bahawa ini adalah haram. ‘Ikrimah
berkata : Jika tidak kerana ayat ini, orang Islam mungkin akan menjadi eksterim
mengelak darah yang berada didalam urat-saraf sebagaimana orang Yahudi mengelakkannya.
Al-Maawardi berkata bahawa mengenai darah yang tidak
mengalir, jika ia telah berada didalam urat-saraf, seperti hati dan limpa, maka
ianya halal, kerana Nabi saw bersabda “Dua jenis daging dan dua jenis darah
telah dihalal kepada kita…..”
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam buku Al-Halal wa
Al-Haram fi Al-Islam berkata :
“yang diharamkan
ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya mengenai hukum limpa,
beliau menjawab: “Kamu boleh memakannya.” Mereka berkata lagi: “Bukanlah ia
darah?” Beliau menjawab lagi: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu ialah
darah yang mengalir.”
Beliau juga
mengisahkan bahawa, pada zaman Jahiliyyah, mereka menjadikan darah sebagi
sumber makanan.
Kata Sheikh Al-Qaradhawi : “Orang-orang jahiliyah apabila mereka
lapar, mereka akan mengambil satu benda tajam dari tulang atau sebagainya,
kemudian dicucukkan ke unta atau binatang lainnya. Mereka kemudian mengumpul
darah yang mengalir dari binatang itu kemudian diminumnya. ”
Maka jelaslah bahawa darah yang berada didalam ayam atau
daging yang telah dimasak, makanan tersebut halal dimakan. Apa yang diharamkan
ialah darah yang mengalir seperti mana yang telah dijelaskan diatas.
Wallahu’alam
sumber: islam itu indah
loading...
0 Response to "Inilah Hukum Makanan Bergoreng Yang Masih Ada Darah (Ayam/Daging/Ikan). Sebarkan Supaya Ramai Tak Was-Was Selepas Baca Ni..."
Post a Comment