Terbaca sebuah kisah yang cukup mengharukan, tindakan seorang
wanita berniqab yang menaiki kapal terbang menuju destinasi dalam negara telah
membuatkan sepasang suami isteri dari Eropah berasa kagum.
Anak pasangan ini dikatakan telah menangis dengan kuat tidak
henti-henti di dalam pesawat membuatkan penumpang rasa terganggu.
Pelbagai cara telah dilakukan oleh mereka untuk memujuk anak
kecil itu berhenti menangis tetapi tidak berjaya dan akhirnya wanita berkenaan
telah meminta untuk cuba memujuk anak kecil berkenaan,
Sesuatu yang menarik akhirnya berlaku.
Jom baca kisah penuh kisah yang dilalui oleh wanita
berkenaan yang dikongsikannya.
Semalam saya selamat mendarat pada pukul 11.36 pm di KLIA2.
Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini berkongsi satu
kejadian yang memberi ibrah pada saya di dalam pesawat tapi apakan daya, bateri
telah pun empty.
Seat 33K. Saya duduk di tepi tingkap kapal.
Kemudian dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit,
"Sit here my boy. "
Seorang anak lelaki mat salleh tubuhnya kecil, duduk di
sebelah tengah seat. Dan di hujung seat lagi ibunya. Kemudian di seat bahagian
hadapan pula suaminya. Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4
tahun. Wallahualam. Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan demi
perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak tawanya, Masya Allah!
Allahurabbi! Comel bak hang.
Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan
sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kapal mula bergerak dan bergerak. Anak
kecil di sebelah saya tergelak riang. Sebab suka kapal bergerak. Dia ingat game
agaknya haha.
" Mumy ! Dady ! We are flying ! "
Berulang kali dia sebut nak fly nak fly hahaha..
And finally ! Bila pengumuman dari depan mengatakan lampu
akan dipadamkan. Kerna dah nak berlepas. Gelap!!! Seluruh gelap!!! Dari seat
depan sehingga belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap! Semuanya gelap.
Habis menangis gila memberontak budak mat salleh di sebelah
saya.
" No light inside. No light inside. "
Wuwuwuwuwuwu.... sambil menangis kuat.
Pertama saya tergelak sebab terasa comel budak speaking b.i
pastu membebel takda lampu hahaha...
Tadi kemain fly bagai. Hilang lampu tahu pula takut.
Ketinggian semakin bertambah. Suara budak kecik tu makin
kuat. Saya rasa siapa flight bersama saya semalam memang akan stress hahahaha.
Semua orang intai-intai si ibu dan ayah budak tu.
Ibu memujuk tapi tak dapat. Si ayah pula memujuk. Masih sama.
Menangis kuat gila. Sambil duk ulang perkataan no light inside ! No light
inside ! No light inside ! Hahahaa. 😂
Tak tahu nak marah ke nak gelak.
Nak marah terasa comel pulak.
Nak gelak kasihan pulak. Tapi saya tetap pandang cermin ke
tepi dan gelak senyap-senyap hahahahaha. Kemain tadi nak fly. Haaa ni nak fly
nangis. Haaaa tahu takut ? Hahahahha. Ok saya tahu saya jahat. 😂
Lalalalala..
Bila kapal sudah sedikit stabil berada di atas. Si ayah
membawa budak kecik tu ke toilet. Lampu masih tak dibuka. Fuhhhhh !!! You know
? Budak tu jerit dari seat depan sampailah masuk toilet masih terngiang-ngiang
teriakannya.
No light inside !
No light inside !
No light inside !
Stress juga penumpang lain hahaha. Saya banyak-banyakkan
istigfar sepanjang fly. Risau jadi stress. Tapi just cool je. Dah lah sebelah
aku. Hahha. Eh aku pulak. 😂
After keluar toilet budak tu masih nangis.
Kini giliran si ibu pulak memujuk. Saya cuba bantu si ibu.
Saya pasangkan lampu yang selalu digunakan untuk 'reading' di bahagian atas
seat. Saya pasang 3 butang. Dan yang bercahaya hanyalah di seat saya, seat
budak kecik omey tu dan ibunya.
"Again"
Teriakannya dah makin kuat. Pehhhhh! Saya rasa telinga saya
ada tanda-tanda nak pekak dah hahahaha. Wallahi tak tipu. Sangat kuat. 😂 (kesian pilot yang bawak kapal semalam entah2 tak
fokus).
Dia tetap taknak lampu reading. Dia nak semua light
dinyalakan. Hahaha. Adoyyyy.. Anyway, Saya kagum dengan pasangan suami isteri
mat salleh tu, mereka tidak tengking-tengking malah sentiasa pujuk lembut.
Masya Allah..
And lastly, saya teringat kejadian yang hampir sama. Ketika
saya menaiki tren dari kL sentral hendak ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah
bersama anak kecik. Anak kecik menangis. Saya try pujuk dan dukung anak kecik
itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang patut
diniatkan. Saya tiup 3 kali. Dan sungguh ibu itu terkejut melihat saya. Anaknya
tidak lagi menangis. Subhanallah.
Tapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan
islam. Saya tak tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana. Nak bantu
bagaimana. Kesian penumpang lain berasa terganggu. Dengan rasa tawakal. Saya
meminta izin kepada si ibu.
" Let me try. "
Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu.
Saya dakap sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih
menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam hati,
" Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang
hati-hati manusia. Ya Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas
anak ini. Ya Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. "
Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh.
"Allahumma Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma
solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad."
Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya. Sambil
saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan.
Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu
di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.
Terkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri
di seat hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik
lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya.
" Wooooo amazing. Oh my god!!! "
Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god !
Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan.
Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia
Ya Allah. Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau
Maha Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.
Bismillahirahmannirahim..
Alhamdulillahi robbil' alamin, wassolatu wassalamu' ala
khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala' alihi wasohbihi
wattaabi'in wa man tabi'ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba'd.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah.
Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya
amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.
Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam
islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin
kepada Allah SWT. Insya Allah.
Wallahualam.
Share jika bermanfaat.
Pengalaman Kak Hassanah a.k.a Senah, Penulis Buku Henshin
Muslimah
loading...
Cerita ni kan cerita bohong je. Penulis siasat ke tak sebelum sebarkan? :/
ReplyDeletehttp://www.astroawani.com/gaya-hidup/kak-hassanah-akhirnya-mengaku-cerita-hanya-imaginasi-107155