Situasi sebegini seringkali dihadapi oleh lelaki-lelaki di
zaman moden:
Seorang lelaki duduk dalam bas sebelah seorang perempuan
yang walaupun bertudung tapi berpakaian ketat .Oleh sebab baju dia tu ketat,
maka kelihatanlah dua bukit yang menonjol dari baju perempuan itu.
Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak
ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di
dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal
dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada
perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak
kalau kau tengok real kan?"Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi
nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu
sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la
ke arah dada perempuan itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu
pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila
dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan
itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan.
Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang
bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya
lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya
lelaki jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat
seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka?
Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar
seperti jubah?
Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan
mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang termaktub
dalam Al-quran
Surah An-nur ayat 30
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka.
Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah
Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja.
Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam
surah An-Nuur ayat 31 ni.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka,
atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum
mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
kamu berjaya."
Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan
ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau
puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
Sumber: lamankongsi
loading...
0 Response to "Patutkah Hanya Lelaki Yang Disalahkan Jika Berlaku Situasi Sebegini ?"
Post a Comment