Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah
kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup.
Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang
boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang
bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis
yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.
Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..
1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk
membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki.
Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud
sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang
mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita
terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita
miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu
sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang
kepada dia.“
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah.
Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya
memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang
boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen
sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan
ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin.
Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita
berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan
merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan
sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya
dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi
membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita
telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi
bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata
dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan
setimpal.
Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan
barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang?
Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang
masih baik dalam keadaan elok.
Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak
bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful
Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan
seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan.
Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita
sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak
mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira.
Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita
kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
2. Menarik Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa.
Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT.
Berdoa dan meminta
adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat
didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat
sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon
keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari
rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan
berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”
3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim.
Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat
wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan
rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan
terbuka luas.
Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan
solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya
(saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup
dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.
Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa
perlu meminta dari ibubapa saya atau orang lain. Insyaallah, setiap bulan pasti
ada orang yang menyewa ruang iklan diblog ini, membeli pakej pelancongan dan
mengambil pakej fotografi daripada saya.
Walaupun tidak menjadikan saya kaya, tetapi
sekurang-kurangnya boleh menyara kehidupan saya sendiri tanpa menyusahkan
sesiapa.
Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. =)
***
Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh
dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.
Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah, sentiasa beristighfar,
perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat
juga cara untuk menjemput rezeki.
BACA JUGA
loading...
0 Response to "3 Cara MUDAH & BERKESAN MENARIK REZEKI Yang Tidak Disangka-sangka Dalam Islam"
Post a Comment