Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah
orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum
dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk
ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan.
Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu
sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda
dari usianya yang sebenar.
Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan
‘wajah senyum’ yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti
tersenyum.
Berikut adalah 15 fakta menarik mengenai senyuman.
1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu
senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan
mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya, memulakan hari
dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi
banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut
'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke
hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan
'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut
mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan
kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan
diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam
tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah
daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak
ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun
ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit
serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari
Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress'
iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa
dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi
tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah
digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita
lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat.
Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama
didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon
'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan
'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus
semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan
Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem
pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah
kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan,
kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia
badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, atritis dan ulser.
Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke
atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit
jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia
membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan.
Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot
abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk
belajar.
Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi;
membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus,
sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga
yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam
ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi
penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang
bisa memaniskan senyuman itu.
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain.
Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk
memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga ada menyebut, "SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA
ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA."
Jadi, jangan lupa senyum, sekerat atau meleret tak kisahlah
jangan senyum sinis dah lah. Tak baik tau.
Kalau ketawa, jangan pula keterlaluan, cukup sekadarnya.
BACA JUGA
- URGENT!!! 4 Tanda-tanda kanser Ovari Yang Semua Wanita Mesti Tahu. Tanda ini Mungkin Ramai Tidak Perasan atau Perasan Tapi Buat Tidak Endah. Cek Sebelum Terlambat!!!
- Rupanya MANDI SEBELUM SUBUH Sangat Berkesan Bagi MENCEGAH PENYAKIT BERBAHAYA. Berikut Merupakan 6 Manfaat Mandi Sebelum Subuh yANG Pasti Membuatkan Anda Bersemangat Mandi Subuh.
- 20 Tanda-tanda Awal Kanser Menyerang, Ketahui Sebelum Terlambat.
- 8 Bahaya Tidur Sehabis Subuh Bagi Kesehatan
- Ini Yang Berlaku Jika Anda Minum Air Kosong Sejurus Bangun Tidur
loading...
0 Response to "15 Fakta Menarik Tentang Senyuman. Subahanallah Memang Menarik!! Automatik Bibir Mengukir Senyuman Indah.."
Post a Comment