StREoTaIP : BuKaN SeMuA BeGiTu!!!






StREoTaIP : BuKaN SeMuA BeGiTu!!!

Pernakah anda membeli buku yang tajuknya kelihatan menarik, tetapi dibaca isi kandungannya, ternyata ia sangat berlainan dengan tajuk dan sub-topik buku berkenaan! Ketika itu anda meraskan benarlah kata pepatah inggeris: “Don’t judge the book by its cover”

Begitu juga system komunikasi dan perhubungan seharian kita. Seawall 3 minit pertama pertemuan kita dengan seseorang, kita akan lebih terpengaruh kepada first impression yang ditunjukkan dan mula membuat penilaian. Maka banyak penilaian yang telah kita berikan secaara terburu-buru dan tidak adil berdasarkan tanggapan pertama yang diperikan. Contohnya:

  • *      Orang yang membawa kereta BMW pastinya orang kaya.
  • *      Seorang anak pastinya mewarisi kemahiran ibunya pandai menjahit pakaian.
  • *      Pelajar yang membawa buku banyak mesti seorang pelajar yang pandai

PUNCA TANGGAPAN

Antara punca tanggapan termasuklah kita sering bercakap berdasarkan sterotaip. Sterotaip ialah kecenderungan untuk menilai seseorang berdasarkan ciri-ciri umum yang terdapat pada sesuatu kumpulan atau bangsa.

Misalnya pelajar perubatan kebanyakannya memakai kaca mata atau berpakain kemas. Maka pelajar aliran agama biasanya akan memakai jubbah, serban atau bersongkok.

Tanggapan ini walaupun ada kebenaranya tetapi tidak tepat kerana ada juga individu yang tidak mempunyai ciri-ciri sedemikian. Sebaiknya apabila hendak menialai seseorang berilah alasan atau penerangan lengkap supaya tanggapan itu berasas dan mempunyai bukti.

Ahmad al-Zarruq pernah mengungkapkan kata-kata yang berbunyi: “ jaga matamu. Sekiranya ia menunjukkan kelemahan orang lain kepadamu, katakanlah kepadanya: ‘ whai mataku, orang lain juga mempunyai mata’.

KESAN TANGGAPAN

Tanggapan Pertama

  • *      BENAR: Memberi reaksi yang bersesuaian bila bersemuka dengan individu tersebut.
  • *      SALAH: Ia akan melekat di minda sampai bila-bila

1 Kita biasanya melebelkan seseorang berasakan kepada tanggapan pertama.

2. Cenderung membuat kesimpulan bahawa orang lain mempunyai sikap dan motif yang sama dengan kita. Walhal individu lain sebenarnya mempunyai sikap dan motif yang mungkin berlainan dengan kita. Inilah yang selalu menyebabkan kita sering tersalah tafsir.

3. Lebih cenderung untuk mempercayai tanggapan yang negative berbanding tanggapan yang positif  walaupun kita akui wujudnya ciri-ciri positif pada individu tersebut.

4. Bagaimana cara kita membuat penilaian terhadap orang lain, kita juga bakal dinilai sedemikian.

5. Lebih kritikal apabila tanggapan dan penilaian yang dilakukan disampaikan pula kepada orang lain. Maka tidak hairanlah apabila Allah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka selidiklah kebenarannya agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaanya yang akan menyebabkan  kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Surah Al-Hujarat: 6)

Berapa banyak penilain yang salah telah kita lakukan membawa cerita tidak baik? Dan berapa ramai orang pula yang telah kita pandang rendah melalui tanggapan yang pertama? Tanpa kita sedari, dosa telahpun datang menghampiri hanya kerana tanggapan tanpa pengesahan.

Oleh itu, berwaspadalah dalam memberi tanggapan dan selidik dahulu sebelum memberi sebarang tanggapan. Jika ingin kehidupan yang baik, berilah tanggapan yang baik-baik sahaja.


(Sumber: zarita hj kassim)







loading...

0 Response to "StREoTaIP : BuKaN SeMuA BeGiTu!!!"

Post a Comment