Artis Yang Baru Berhijab Kena Cari Kawan Yang Dapat Bantu
Mereka Beristiqamah – Yatt Hamzah
Isu Selebriti
Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan beberapa
berita tentang artis yang membuka tudungnya, antara yang menjadi perhatian
ramai adalah Uqasha Senrose dan terbaru isu Sara Ali pula membuka tudungnya.
Berbicara mengenai isu ini, pelakon Yatt Hamzah menasihati
agar artis-artis wanita yang baru sahaja berhijab memilih kawan yang dapat
membantu mereka agar terus beristiqamah dan mencari guru yang mampu membimbing
mereka ke arah lebih baik. Ini kerana, pelabgai dugaan dan cabaran akan menimpa
pada saat awal mereka ingin menutup aurat.
"Saya tidak layak untuk bercakap soal keputusan mereka kembali ke imej asal kerana saya percaya mereka ada sebab tersendiri. Namun, apa yang saya boleh cakap agar mereka mencari kawan yang boleh membantu mereka untuk terus istiqamah. Selain itu, mereka juga perlu mencari guru untuk membimbing menjadi lebih baik."

Satu ketika dahulu, Yatt juga pernah melalui pelbagai
pengalaman saat membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Didalam dunia
hiburan, memang agak sukar untuk menempuh setiap ujian yang mendatang.
"Saya melalui apa yang mereka rasa sekarang, bukan senang berhadapan dengan ujian itu kerana bidang lakonan sebagai punca pendapatan utama. Saya akui pada awal penghijrahan ada produksi yang minta buka tudung dan rezeki dalam bidang itu juga berkurangan. Tapi kita kena ingat rezeki daripada Allah. Saya yakin banyak cara lain untuk kita mencari rezeki selepas berhijab."
Dalam pada itu, Yatt meminta agar netizen tidak mudah untuk
terus menghentam ataupun artis yang
membuka tudung kerana kita tidak mengetahui apakah yang mereka lalui sebelum
ini. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka.
baca juga
- Ingin Masuk Syurga TANPA HISAB? Inilah 3 AMALAN Orang yang Masuk Syurga Tanpa Hisab
- Video pesanan ustaz kazim pada anak-anak yang masih ada ibu bapa. Sentap!! Meleleh air mata...
- Semua Yang Hidup Pasti Mati.. Nasihat Kubur - Luangkan Masa 2 Minit Membacanya.
loading...
0 Response to "Ramai Orang Yang Baru Mula Berhijab Yang Akan Menemui Kesukaran Untuk Istiqamah Atas Faktor Tertentu. Terutamanya Para Artis. Ini Nasihat Yatt Hamzah Kepada Yang Baru Berhijab. Semoga Bermanfaat."
Post a Comment