Selama ini apa yang
kita fahami apabila kita berbuat dosa, perlunya kita istighfar dan memohon
ampun dari Allah kerana kita telah menzalimi diri sendiri dengan berbuat dosa.
Kita perlu cepat-cepat bertaubat dari dosa dan berazam tidak akan melakukannya
lagi kerana takutkan azab dan kemurkaan Allah SWT. Melengahkan diri dari
bertaubat dari dosa sangat bahaya sebab kita tidak tahu bila kita akan
dipanggil pulang oleh Allah SWT. Dengan bertaubat dapat membersihkan diri kita
dari dosa.
Namun
beristighfar juga dituntut setelah kita melakukan ketaatan contohnya setelah
kita solat, puasa dan semasa kita mengerjakan haji....pendekata setelah selesai
melakukan apa sahaja ibadah pada Allah kita juga perlu beristighfar dan memohon
ampunan dari Nya. Kenapa perlu demikian?
Sebenarnya berapa
banyak atau besarnya pun amalan yang kita lakukan, dengan amalan itu sahaja
tidak dapat menyelamatkan kita dari api neraka atau pun dengan amalan itu kita
beroleh syurga! Sebanyak manapun amalan yang kita lakukan, ia tidak mampu jadi
penyelamat bagi kita. Kita sebenarnya diselamatkan dari neraka atau dimasukkan
kesyurga hanya kerana rahmat dan kurniaan Allah semata-mata! Amalan itu hanya
menjadi asbab saja bukanlah semata-mata disebabkan kerana kita banyak beramal,
maka kita beroleh syurga.....
Sebenarnya Allah
mempunyai hak ke atas kita iaitu hak untuk ditaati dan hak untuk disyukuri
segala nikmatNya. Setiap nikmat yang Allah kurniakan kepada hambaNya mempunyai
harga yang tinggi nilainya..........
Firman Allah dalam Surah An-Nahl: 78 yang bermaksud......
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur."
Segala nikmat
pendengaran, penglihatan dan hati yang Allah kurniakan kepada kita wajib
disyukuri yang mana kesyukuran ini merupakan ibadah padaNya. Sebagai
membuktikan ubudiyyah kita pada Allah, kita mestilah menggunakan nikmat ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah
iaitu dalam rangka ketaatan padaNya. Kita gunakan telinga kita untuk mendengar
ayat-ayat Allah, menggunakan mata kita
untuk melihat kebesaran Allah dan lantas dengan itu hati kita tunduk, patuh,
beriman dan bertakwa padaNya! Inilah dia hakikat kesyukuran padaNya!
Seandainya
seorang hamba Allah itu berusaha untuk menghitung nikmat dan kurnia Allah
padanya, nescaya tidak akan mampu membalas nikmat dan kurniaan itu walau dengan
apa pun meskipun bersujud sepanjang hayat!! Jika di akhirat nanti Allah menagih
haknya tadi pada kita untuk di penuhi.....nescaya akan binasalah kita. Kita
tidak mampu memenuhi semua hak Allah pada kita!!
Sama-sama kita renungilah firman Allah ini....
"Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang nikmat (yang kamu megah-megahkan di dunia itu)." (Surah At-Takaathur :8)
Jadi, jika Allah
menanyakan pada kita tentang segala nikmat dan kurniaanNya pada kita dan Allah
menagih hakNya untuk dipenuhi.....sedangkan kita insan lemah ini tidak mampu
melakukannya, sungguh tidak mustahil, kita akan masuk neraka! Ini adalah kerana seluruh amalan kita akan tidak
boleh memenuhi hak Allah itu kerana ia terlalu besar untuk dipenuhi! Tiada sesiapa
pun termasuk para rasul, nabi, syuhada dan shiddiqin boleh berbuat
demikian. Semuanya tidak mempunyai
harapan kecuali hanya setelah mendapat keampunan dari Allah SWT! Segala amalan
yang kita buat adalah sebagai penebus dosa
atau meminta ampunan dariNya bukannya
untuk mendapatkan syurga sebagai gantinya!
Kita sebagai hamba
Allah, perlu merasakan betapa kerdil dan kecilnya amal yang kita lakukan,
merasa hina dan takut seandainya amalan
kita tidak diterima oleh Allah SWT walaupun kita sudah melakukan semaksima yang
mungkin. Setelah beramal, sewajarlah kita beristighfar banyak-banyak dan merasai semua amalan kita itu
sebenarnya tidak layak jika di jajarkan
dengan Keagungan dan Hak Allah kepada kita.
Dalam melakukan apa jua amalan, apa yang kita harapkan adalah RedhaNya
semata-mata!
Firman Allah yang bermaksud.....
" Dan supaya aku dapat melaksanakan amal soleh yang Engkau redhai.."( Surah Al-Ahqaf:15)
" Dan selalulah memohon keampunan diwaktu pagi sebelum fajar." (Surah Az-Zariyat:18)
Apa yang paling
utama yang kita harapkan dari Allah SWT
adalah keampunanNya keatas kita, yang merupakan insan yang lemah yang banyak
berbuat dosa, kurang mensyukuri NikmatNya yang tidak terhingga banyaknya pada
kita, tidak mampu memenuhi HakNya ke atas kita.........
Setelah mendapat keampunan ini barulah kita mengharapkan
kurniaNya, rahmat dan kasihsayangNya
pada kita...
Justru itu,
perlulah kita meneliti, merenungi dan mensyukuri nikmat Allah ini, memohon
keampunan dari Allah dengan istighfar yang banyak dan memperbanyakkan zikir
"Laa illaha illa anta subha naka inni kun tuminazzholimiin yang bermaksud
"Tiada tuhan selain engkau , Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang berbuat zalim."
Sememangnyalah
kita manusia ini banyak menzalimi diri kita dalam penghidupan yang sementara
dan banyak ujian ini..........!!
Ya Allah
tunjukkilah kami kejalan yang lurus , dan masukkanlah kami di kalangan
orang-orang yang beriman dan bertaqwa padaMu.
Ameen Yaa Rabbal 'Aalamiin!
anda mungkin meminati
- Satu Shalawat Dibalas Sepuluh Kebaikan
- Mandi Wajib Dalam Keadaan Berbogel. Adakah Sah Junub Saya? Mari Kita Lihat Apa Kata MUFTI
- Akibat tidak Berhijab Dan Menutup Aurat..Sangat Dahsyat!! Jangan Abaikan.. Astaghfirullah..huhu
loading...
0 Response to "PERINGATAN DIRI. Setelah melakukan KETAATAN, beristighfarlah. JANGAN ABAIKAN!! SILA BACA"
Post a Comment