10 April 2017
PERTEMUAN semula atau lebih popular dipanggil reunion
mungkin bukan sesuatu yang asing hari ini kepada golongan muda atau baik muda
warga berumur.
Ada berpendapat reunion ini mengeratkan kembali silaturahim
yang lama terputus, namun ada pula berpendapat ia jalan ke arah kecurangan dan
maksiat.
Setiap orang mempunyai kisah tersendiri mengenai reunion
seperti bertemu pasangan hidup, ‘tambah
cawangan’ dan keruntuhan rumah tangga akibat orang ketiga.
Bagi Azuan (bukan nama sebenar), 23, rumah tangga ibu dan
ayahnya musnah angkara orang ketiga iaitu bekas kekasih bapanya sewaktu di
universiti.
Semuanya bermula apabila bapanya menghadiri majlis reunion
dua tahun lalu dan berada dalam grup WhatsApp rakan-rakannya.
“Seingat saya ketika itu, ayah pergi bersama mak ke majlis
tersebut. Pulang dari majlis, mak ada maklumkan bekas kekasih ayah turut serta.
“Saya tanya mak, wanita itu ada tegur ayah? Mak jawab ada
tapi bertegur sebagai seorang kawan lama seperti orang lain," katanya.
Kata Azuan, ayahnya juga pesan jangan risau sebab bekas
kekasihnya juga sudah berkeluarga.
Menjadi kelaziman selepas majlis reunion pertama, grup
WhatsApp akan wujud dan pelbagai topik bermula dari kisah belajar sehingga
berkongsi kehidupan seharian.
Lebih parah apabila perbualan bertukar kepada sesuatu yang tidak dijangka
iaitu perkongsian kisah atau gambar lucah.
Menurut Azuan, ayahnya kerap menghabiskan masa dengan
telefon bersama rakan grup WhatsApps alumninya itu dan dia pernah lihat sewaktu
ayahnya sibuk menaip.
Namun, ada perkara lain di sebalik grup itu iaitu mula
berhubung semula dengan bekas kekasihnya secara peribadi.
“Saya tidak tahu siapa yang mula menghubungi siapa. Tapi
kelakuan ayah berubah sekelip mata. Telefon sentiasa di tangan ayah sepanjang
masa.
“Kalau duduk tengok televisyen bersama keluarga, tiba-tiba
ayah bangun dan keluar rumah. Pernah saya tanya kenapa ayah letakkan nombor pin
keselamatan pada telefonnya sedangkan sebelum ini tidak. Alasan yang diberikan
adalah banyak urusan kerja dalam telefonnya itu,” ujarnya.
Jelas Azuan, perubahan ketara bapanya, daripada seorang
penyayang kepada individu yang mengabaikan tanggungjawab.
“Mak pernah tanya kenapa asyik dengan telefon, kenapa
berahsia sampaikan sewaktu mengemas bilik mak alihkan telefon dari atas katil
ke atas meja, ayah marah sampai keluarkan kata-kata kesat dengan alasan tidak
mahu barang peribadi miliknya diganggu,” katanya.
Melihat kelakuan pelik bapanya itu, Azuan mula menyiasat
latar belakang bekas kekasih bapanya itu menerusi media sosial.
“Carian saya di media sosial mendapati wanita berkenaan
berstatus janda dan status yang dimuat naik di Facebooknya menunjukkan dia
sedang bercinta dengan seseorang. Saya
syak dia sedang hangat bercinta dengan ayah.
“Saya maklumkan pada mak, mak kata dia syak perkara itu
sejak awal perubahan ayah. Mak pernah tanya kenapa ayah berubah, tapi ayah
marah dan tuduh mak sengaja timbulkan isu,” katanya.
Keadaan keluarganya bertambah buruk apabila ayah menyatakan
hasrat untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya itu.
“Mak tidak dapat menerima keadaan itu dan meminta supaya
menceraikannya sekiranya ayah mahu meneruskan hasrat berkahwin lain.
“Ayah tetap teruskan hasratnya dan mak membawa diri pulang
ke kampung. Kami adik-beradik tinggal bersama mak,” katanya.
***Untuk laporan penuh dapatkan akhbar Sinar Harian***
Crdit: Sinar harian
loading...
0 Response to "Disebabkan Group WhatsApp reunion, Rumahtangga Yang Bahagia Musnah. Inilah Akibatnya Jika Terjerat Dengan Cinta Reunion."
Post a Comment