REUNION atau majlis
pertemuan semula rakan-rakan yang telah terpisah sekian lama sudah menjadi
budaya masyarakat hari ini.
Malah dalam Islam sendiri menganjurkan manusia mengeratkan, memperkukuh dan
menyambung silaturahim.
Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud berkata, surah
al-Hujurat ayat 10, ALLAH SWT berfirman, "Sesungguhnya orang-orang mukmin
adalah bersaudara kerana itu damaikan antara kedua-dua saudara mu dan
bertakwalah kepada ALLAH supaya mendapat rahmat".
“Dalam ayat 13 surah sama, ALLAH berfirman,
"Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu
saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kami di
sisi ALLAH ialah orang paling taqwa antara kamu".
“Begitu juga Rasulullah SAW berkali-kali menyebut dasar
bersaudara dalam Islam menitik beratkan kasih-mengasihi antara satu sama lain,
tolong menolong dan membela saudara seagama.
“Ini dijelaskan Rasulullah dalam sabdanya menerusi riwayat
Ahmad, seorang muslim adalah yang dipercayai oleh kaum beriman terhadap jiwa
dan harta mereka dan seorang mujahir (penghijrah) adalah yang berhijrah
meninggalkan dan menjauhi keburukan (kejahatan),” katanya.
Namun, menurut Hassan, ramai antara umat Islam di negara ini
tidak faham tentang persaudaraan dan hubungan silaturahim.
“Ramai yang hadir ke majlis tersebut dengan bergaul bebas
antara lelaki dengan perempuan, lupa aurat, lupa anak dan isteri di rumah.
“Perkara seperti inilah membawa kepada keruntuhan akhlak
umat Islam. Lebih menyedihkan berlaku penceraian suami dan isteri angkara orang
ketiga serta maksiat tanpa rasa berdosa,” katanya.
Beliau menyarankan empat prinsip yang perlu dimiliki
individu sebagai pelindung ketika menghadiri majlis reunion itu.
Antara prinsip itu ialah memperkukuhkan akidah agar dapat
mengawal diri dan hawa nafsu.
“Biasalah dalam kalangan rakan-rakan tu ada bekas kekasih,
jadi kita tidak mahu kasih lama bertaut kembali. Kalau bukan kita, dia yang
akan mulakan semula, jadi perlu teguhkan akidah.
“Kedua, syariat Islam sebagai asas kuat kepada diri.
Maksudnya kita tahu hukum hakam jika kita buat sesuatu perkara. Dengan cara ini
kita akan takut untuk melakukan dosa.
“Ketiga ialah sopan santun mengikut panduan Islam baik dari
tutur kata mahupun cara berpakaian. Jangan jadikan diri sebagai santapan mata
orang ramai. Terakhir, jaga ibadah kerana
itu menghalang seseorang itu melakukan perkara keji dan mungkar,”
jelasnya yang turut menasihatkan umat Islam mengawasi diri sendiri.
“Jangan jadi orang yang suka berlari di halaman orang lain
kerana ia boleh merosakkan rumah tangga sendiri dan sebaliknya,” katanya.
Credit: sinarharian
BACA INI JUGA
loading...
0 Response to ""Islam anjur Erat Silaturahim Tapi Jangan Alpa" Kata Ustaz Hasan Mahmud Mengenai Kes Rumahtangga Yang Rosak Disebabkan Bercinta Semula Dengan Bekas Kekasih Setelah Berjumpa Dalam Reunion "
Post a Comment