Bagaimana Filem "Zootopia" Mengajar Anda Menjawab Soalan Seperti Seorang Pakar







 
Bagaimana hendak kelihatan yakin ketika melontarkan pandangan?

Sebenarnya, ada banyak kajian psikologi dilakukan untuk mengkaji ilmu bagaimana hendak menyampaikan sesuatu dengan berkesan, tetapi itu memerlukan penulisan panjang berjela-jela. Walau pun begitu, satu perkara yang kita semua akan cuba elakkan adalah kelihatan bodoh ketika kita melontarkan pandangan kita.

Semua orang takut menghadapi masalah itu. Ahli politik yang setiap hari berucap untuk meyakinkan orang ramai pun, kadangkala tersasul cakap benda bodoh atas kesilapan sendiri atau kerana kekurangan penyelidikan sebelum bercakap.

Jika anda tertanya-tanya apa cara paling mudah hendak kelihatan yakin ketika memberikan pandangan atau menjawab soalan, teknik itu sebenarnya diajar dalam filem animasi "Zootopia" apabila watak utamanya, seekor arnab bernama Judy Hopps menghadapi masalah hendak menghadapi sidang media. Rakan baiknya, seekor musang bernama Nick Wilde berkongsi satu ilmu yang mampu menjadikan teknik yang amat berguna untuk kita menjawab pertanyaan orang lain dengan lebih meyakinkan pendengar.

1. Judy Hopps merasa kurang yakin beliau dapat menjawab soalan yang bakal diajukan pihak media.

  

2. Nick Wilde memberitahu asas kepada bagaimana hendak menjawab soalan pihak media.

  

3. Asasnya "Nak kelihatan bijak? Jawab soalan mereka dengan soalan kita sendiri.."

 

Maksudnya di sini, jangan terus menjawab. Persoal balik tuan punya soalan dengan soalan kita pula. Menjawab terus akan membuatkan kita jadi defensif dan penanya berada dalam kedudukan ofensif. Dengan bertanya, kita meletakkan diri kita dalam kedudukan menyerang.

4. Kemudian "jawab" soalan mereka



5. Dalam adegan tersebut, soalan yang dijangkakan adalah "apa yang boleh dikongsikan berkenaan dengan kes polis tersebut?"


Kebolehan untuk mengagak apa yang akan diajukan kepada kita adalah asas yang kita perlu ada, kerana ini akan memberikan kita peluang untuk menyiapkan soalan yang akan ditanya balik sesegera mungkin.

6. Dah ditanya, bertanya semula kepada tukang tanya


Nampak permainan kata di situ. Dengan mewujudkan elemen "tough case" atau tahap kesukaran yang langsung tidak disebut tuan punya soalan, pendengar akan memfokuskan isu mereka kepada kesukaran yang dihadapi oleh Judy Hopps dalam menyelesaikan kes tersebut dan dia tidak perlu lagi menerangkan apa-apa perkara lain yang sepatutnya diterangkan, berdasarkan soalan sebenar.

7. Akhirnya, jawab soalan yang kita tanya untuk menjawab soalan mereka

Nampak bagaimana Nick Wilde menjawab soalan dengan soalan?

Kita ulang balik dalam bentuk perkataan, pertama sekali yang patut dilakukan adalah guna teknik "jawab soalan dengan soalan" untuk mengalihkan perhatian daripada isu sebenar. Kemudian, jawab sendiri soalan kita dengan jawapan kita. Oleh kerana soalan itu datang dari kita, ini membantu kita untuk melindungi apa saja maklumat yang kita tak ada, tak pasti atau tak mahu kongsikan.

Apabila dilihat semula, kita tak menjawab pun soalan yang ditanya, kita hanya menjawab soalan kita sendiri tetapi selalunya, ramai orang akan berpuas hati dengan jawapan yang kita berikan. Tak percaya, cubalah. Teknik ini sebenarnya banyak digunakan oleh ahli politik, pegawai-pegawai berjawatan dan juga pahlawan-pahlawan papan kekunci dalam internet untuk membuktikan secara halus, mereka pandai dan anda harus iktiraf kepandaian mereka.

Aku menulis benda ni kerana dengan mengetahui bila perkara ini berlaku, anda akan dapat mengenalpasti siapa yang jujur dan siapa yang cuba mengelat dalam menjawab sebarang pertanyaan. Mungkin juga ia dapat membantu anda "menjawab" soalan yang mungkin anda tak mahu jawab.


Selamat mencuba.

Credit: luminasi







loading...

0 Response to "Bagaimana Filem "Zootopia" Mengajar Anda Menjawab Soalan Seperti Seorang Pakar"

Post a Comment