Azan sering dikaitkan dengan solat yang mana mengerjakannya
pada awal waktu dapat membina gelombang Theta.
Brain Waves |
Fitrahnya, solat akan didirikan selepas azan. Pada ketika
itu bumi berada dalam gelombang Theta.
Oleh itu, solat yang didirikan sejurus selepas azan
membuatkan ia termasuk ke dalam gelombang itu.
Secara tidak langsung, tubuh kita akan selari dengan paksi
bumi. Hasilnya, solat lebih berkualiti, tenang dan khusyuk.
Apabila sudah berjaya mencapai ke tahap itu, tubuh akan
menghasilkan tiga hormon, Melatonin, Endorphin dan Seratonin secara semulajadi.
Ketiga-tiga hormon itu dapat mencegah dan melawan pelbagai
penyakit jika dirembaskan dengan betul.
Hormon Melatonin berfungsi sebagai pengawal trafik dalam
sistem badan kita seperti mengawal tidur, mengawal tekanan dan mengoksidakan
radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel badan.
Apabila seseorang terkena kanser, bermakna Melatonin tidak
mampu lagi mengawal sel-sel badan atau dalam bahasa mudahnya, 'pengawal trafik'
gagal menjalankan tugas menyebabkan sel-sel berlanggar sesama sendiri.
Oleh itu, penghidap kanser tahap satu dan dua dinasihatkan
sentiasa mempraktikkan azan supaya gelombang otak dapat direndahkan dan hormon
Melatonin boleh dihasilkan.
Sementara itu, jika diperhatikan di hospital, pesakit yang
berada dalam keadaan sakit, gelisah dan serabut, doktor akan menyuntik morfin
sebagai penenang.
Tetapi sebenarnya, tubuh kita sudah memiliki morfin
semulajadi untuk ketenangan jiwa yang dikenali sebagai Endorphin atau morfin.
Akhir sekali, hormon Serotonin yang bertindak sebagai agen
ceria badan dikeluarkan.
Tanpanya, kita mengalami tekanan dan murung hingga boleh
membunuh diri.
Tahukah anda, kesemua hormon-hormon itu hanya boleh di
dapati semasa tubuh berada dalam gelombang Theta.
Istimewanya, gelombang itu berkait rapat dengan azan dan
solat pada awal waktu kerana keseimbangan tubuh boleh dicapai ke tahap
maksimum.
Malangnya, ramai daripada kita bersolat dalam gelombang Beta
ataupun solat lewat waktu.
Ia menyebabkan pelbagai penyakit jiwa menimpa.
wallahualam..
Credit: Sentiasa Panas
ANDA MUNGKIN MEMINATI
- 20 Tanda-tanda Awal Kanser Menyerang, Ketahui Sebelum Terlambat.
- Membaca Doa Memohon Pertolongan, dan Perbaikan Urusan
- 25 Khasiat Luar Biasa Kopi Kepada Kesihatan Dalaman Dan Luaran Tubuh
loading...
0 Response to "Azan Merupakan Terapi Perubatan Paling Berkesan"
Post a Comment