Inilah KEHANCURAN Yang DAHSYAT Pada Diri Sendiri Akibat PRASANGKA BURUK (Su’uzon)!! Lakukan 14 Kaedah Mengubah Sikap Su’uzon Dan Jenis Su’uzon Yang Diharuskan






Islam itu indah, perkara prasangka pun telah di tetapkan dalam Islam. Suuzon atau Su’udzon yang membawa maksud berprasangka negatif, menyangka buruk atau menaruh curiga terhadap seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan.

Islam sangat melarang umatnya bersangka buruk sesama muslim kerana sangkaan negatif, buruk dan jahat akan mengundang malapetaka kepada seseorang itu. Setiap syak wasangka hendaklah berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar dengar cakap, tuduhan melulu, mengikut tuduhan orang, dan fitnah semata-mata.

Firman Allah swt: 

Dan orang-orang yang mengganggu dan menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan yang beriman, dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat atau sesuatu kesalahan yang tidak dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.”
(Surah Al-Ahzab, 33; Ayat 58)
.
Sebahagian dari prasangka adalah dosa. Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. Orang yang berburuk sangka adalah melakukan perbuatan jahat dan berdosa besar; Dan setiap perbuatan jahat, Allah swt akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah.

Firman Allah swt 

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

Orang yang bersikap ‘suuzon’ (bersangka buruk) juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. Kembalilah ke jalan Allah سبحانه وتعالى dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut.
.
Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama Melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah سبحانه وتعالى yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa.
.
.
Akibat Bersangka Buruk
.
Bersangka buruk boleh membawa banyak kesan negetif dan masalah. Antaranya adalah:

  1. Mengakibatkan manusia dan ummah berpecah-belah antara satu sama lain yang akan merugikan masyarakat dan Negara bak kata pepatah ‘Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’
  2. Merosakkan jiwa dan meninggalkan kesan noda dan titik-titik hitam pada hati, Titik hitam ini hanya melekat pada hati yang kotor. Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar.
  3. Sentiasa berasa sakit hati dan kecewa atas kejayaan yang dicapai orang lain.
  4. Jika hati seseorang itu penuh dengan sangka buruk, ia akan menimbulkan perasaan benci, geram dan segala dendam, sudah pasti apabila terlihat sahaja muka saudaranya itu, biarpun sangkaannya itu belum terbukti benar.
  5. Memburukkan hubungan persahabatan dan persaudaraan. Apabila hati bersangka buruk terhadap seseorang, maka sudah pasti hatinya bertambah keruh dan menjarakkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.
  6. Menyebabkan penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti kukuh. Firman Allah سبحانه وتعالى :

Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 6)
.
.
Mengubah Sikap Bersangka Buruk
.
Bagi mengatasi masalah ini tak lain dan tak bukan hanyalah dengan mengubah corak fikiran kita dalam menghadapi sesuatu. Kita menyangka baik terhadap orang lain, jika sangkaan itu salah maka kita tetap dapat pahala kebaikan, tetapi sebaliknya kalau kita suudzon terhadap orang lain, sekiranya sangkaan buruk itu betul kita tetap berdosa, apalagi kalau sampai sangkaan itu salah. bertolak dari sikap suudzon ini juga kita sering terjerumus ke dalam kancah mengumpat atau mengata keburukan orang lain.
Berikut adalah tips mengelakkan suudzon (buruk sangka):
1. Sentiasa memberi penghargaan pada orang lain
2. Sentiasa mahu belajar dari orang lain
3. Perbanyak ilmu; Ilmu agama, social, dsb.
4. Banyak bergaul dengan pelbagai peringkat orang
5. Terbuka, tidak suka menyembunyikan sesuatu / masalah
6. Berusahalah sentiasa mengamalkan sikap berfikiran positif
7. Yakinlah bahawa kita mampu menjadi lebih baik dari orang lain
8. Perbanyak kegiatan kemasyarakatan, jangan suka membuang masa dan perbuatan sia-sia.
9. Khusnudzon; baik sangka pada orang lain dan kepada Allah سبحانه وتعالى.
10. Mensyukuri apa yang kita terima selama ini sebagai anugerah dari Allah سبحانه وتعالى.
11. Jangan sesekali bersikap suudzon dan berfikiran negatif kepada sesuatu yang belum kita tahu kebenarannya.
12. Jangan menelan mentah mentah cerita yang kita terima dari orang lain.
13. Selidiki dulu apakah berita yang kita terima itu benar atau tidak sebelum kita menyebarluaskannya kepada orang lain.
14. Milikilah prinsip bahawa sifat iri hati dan dengki terhadap kemajuaan / kejayaan orang lain adalah merugikan diri, keluarga, komuniti dan Negara kita sendiri.

Sangka Buruk Yang Harus
.
Umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita.

Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen, kelas tambahan atau kem motivasi untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak.

Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

Kesimpulannya
.
Setiap Muslim tidak boleh bersikap suudzon (berprasangka negatif) kepada saudaranya kerana dengan suudzon, kita menutup pintu hati, tidak mahu menerima dan menolak terus apa yang dikatakan saudara kita yang lain.

Bersangka baiklah (husnuzon) kepada semua orang, kerana sangka baik itu meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan ‘mahmudah’ (terpuji). Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, segeralah beristiqfar kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana Allah سبحانه وتعالى sentiasa terbuka menerima taubat hambanya.

BACA JUGA







loading...

0 Response to "Inilah KEHANCURAN Yang DAHSYAT Pada Diri Sendiri Akibat PRASANGKA BURUK (Su’uzon)!! Lakukan 14 Kaedah Mengubah Sikap Su’uzon Dan Jenis Su’uzon Yang Diharuskan"

Post a Comment