Subject : Perhatian Muslimah
CC : Ibu Bapa
BCC : Kaum lelaki
Marcapada ini, mungkin ramai yang sedar bahawa doktor lelaki
yang banyak melaksanankan tugas pemerikasaan hinggalah kepada tugas menyambut
kelahiran untuk para ibu.
Barangkali kerana fenomena ini sudah terlalu biasa,
masyaratkat mengambil ringan mengenai hukum agama. Hanya segelintir yang
bersuara untuk menegakkan hukum agama dan mengetahui sejauh manakah tahap
darurat yang mengharuskan doktor lelaki mengambil alih tugas itu.
Soalan:
Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya,
dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat
orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor
lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki
itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan
bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan
memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai
darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam
keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di
depan kita sedangkan mungkin kita boleh mencari alternatif lain seperti mencari
doktor pakar wanita ataupun bidan?
Keluarga Muslim, KL
Jawapan:
Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik
dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu
pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah
meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam
syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu
berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur
tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal
dan kejiwaan wanita akan rosak.
Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya
dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti
akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan
muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan
mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu
yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.
Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan
dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika
itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan
darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh
bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam
adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa
atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan
ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika
dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja,
sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya
menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.
Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia
bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain
untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di
negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan
klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor
atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar
menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan
doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di negara ini. Maka tidak
timbullah istilah ‘darurat’ ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor
lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang
akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari
ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut,
kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan
ingin selamat melahirkan anaknya.
Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan
yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan
yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang
wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu
getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. rasa kelainan dan getaran
inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain
suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis
rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan
sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda
dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki
mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan
terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali
dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat,
getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan
syahwat.
Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang
hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini
membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami
sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan
pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.
Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang
lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya
disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik.
Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di
jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan
darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari
sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit
lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan
tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.
Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang
wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian
secara serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga
keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang
perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh
kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri
dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta
terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A’lam…
Wassalam.
P/s: banyak lagi situasi lain yang patut masyarakat mulai
ambil berat tentang keadaan sekeliling..semoga kita semua menjadi lebih baik
dari sehari ke sehari.
loading...
Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah aku bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259
ReplyDelete