PERHATIAN: Untuk Peniaga-Peniaga atas Talian.. Baca dan
Fahami..
Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr
Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan
berkenaan bisnes kontemporari terjawab.
Kawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen
testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.
Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara
asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:
1. Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama,
maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan
adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.
2. Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan
syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan
amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.
3. Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum
belajar hukum-hakam perniagaan.
4. Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara
ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam
kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain –
iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.
5. Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga
hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang
dilarang dalam Islam.
.
Contohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding
harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah
(contohnya tiada nilai tambah diberikan).
6. Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua
perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak
sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula
kalau tak puas hati.
Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh.
Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk
pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos
caj bank ditanggung siapa.
.
7. Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e.
persetujuan pemilik produk adalah HARUS
8. Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep
ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat
perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang
dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.
9. Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna
istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna
istilah “Produk Kami” kerana kita dikira wakil kepada penjual.
10. Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan
oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga
yang murah kepada agen.
11. Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh
mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.
Contohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu
produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini
banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.
12. Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga
lelongan.
13. Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo
produk yang menampakkan aurat.
-Pen Merah Press
Video:
loading...
0 Response to "PENIAGA ONLINE !!!! Adakah Anda Juga Melakukan DOSA RIBA Tanpa Anda Sedar. Point No 11 Tu Ramai Orang Buat!!"
Post a Comment