Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini
berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita
lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada
aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat
menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf
menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan
kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain
untuk turut sama aktif.
Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula
memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan
kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan
cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan
menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini
dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu
kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan
melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara
tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda.
Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan
perkataan dengan katakerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa
bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di
bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan
yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka,
aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan
secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir
terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru
menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang
remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
Wallahu'aklam.
-Pen Merah Press
loading...
0 Response to "Ketahuilah 11 Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia. Sungguh Luar Biasa (Baca Dan Sebarkan).."
Post a Comment