Doa kecantikan untuk
menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang
mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah
Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan
Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah..
teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami
isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak
mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’
Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada
bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan
matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat
dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa
‘Ainii”
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih
sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan
pengawasanKu”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf
ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca
keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah
Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi
yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya
lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami,
bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan
selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan
hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah
kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali
loading...
0 Response to "Inilah Doa Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik dan Berseri (Mohon SHARE)"
Post a Comment