Bungkusan kecil yang mengandungi gel silika ini sering kali
dibuang tanpa anda ketahui apakah fungsinya yang sebenarnya.
Untuk pengetahuan anda, bahan yang terdapat pada gel silika
ini berfungsi sebagai bahan yang mampu mengurangkan kadar kelembapan. Jadi
adalah lebih baik sekiranya anda tidak membuang paket gel silika yang terdapat
di dalam kotak kasut, beg baru, dan juga di dalam botol vitamin anda tu.
Antara kegunaan gel silika yang anda tahu ialah:
1. Gel silika ini mampu menghilangkan bau hapak yang
terdapat di dalam beg gym anda dan juga rak kasut anda.
2. Selamatkan telefon pintar anda yang terjatuh atau teredam
di dalam air dengan meletakkan di dalam bekas yang dipenuhi gel silika.
3. Meletakkan paket gel silika di dalam kotak yang terdapat
gambar-gambar lama boleh mengelakkan gambar-gambar tersebut dari melekat-lekat.
4. Simpan pisau cukur anda bersama paket gel silika kerana
ia bolej mengelakkan pisau cukur tersebut dari cepat berkarat
5. Sekiranya bedak asas anda menjadi keras ataupun
kandungannya tak macam anda beli mula-mula dulu, apa kataletakkan satu bungkus
gel silika atau lebih di dalam beg make-up anda. Tip ini pasti membantu!
moga bermanfaat..kongsikan
loading...
0 Response to "5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang!"
Post a Comment