BANDARAYA MELAKA – Seorang remaja lelaki ditemui maut dipercayai
terkena renjatan elektrik telefon bimbit yang sedang dicaj menggunakan
powerbank di dalam bilik tidurnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa Syamirul
Armizie Adenan, 19, ditemui meninggal dunia oleh ibunya Suriah Rahim, 48, di
atas katil dengan kesan kulit melecet pada bahagian bahu kiri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner
Kamaluddin Kassim berkata, kejadian hanya disedari oleh ibunya apabila mangsa
tidak membuka pintu bilik selepas diketuk berulang kali sebelum dibuka dengan
kunci pendua.
“Selepas berjaya dibuka, si mati ditemui dalam keadaan
terbaring sambil mengenakan fon telinga (earphone) yang disambungkan pada
telefon bimbitnya dan dalam keadaan bercas pada sebuah power bank.
“Ibu mangsa yang merupakan seorang jururawat juga mendapati
terdapat kesan melecet di bahagian bahu kiri dan power bank berada berdekatan
bahu kiri si mati.
“Dia kemudian cuba menggerakkan remaja itu, namun menyedari
anaknya tidak lagi bernyawa,” katanya hari ini.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bedah
siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber : Sinar Harian & sentap media
loading...
0 Response to "Remaja Maut Ketika Tidur. Punca Yg DITEMUI Buat Ramai TERPANA !!!"
Post a Comment