SOALAN:
Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum
pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu
7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan
orang yang dilaknat oleh Allah ?
JAWAPAN UZAR :
Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7
eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan
pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat
Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga
jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan
lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak,
mempamerkannya adalah berdosa.
Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat
dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih
mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith
Nabi SAW :-
عن أَنَسِ بن مَالِكٍ
قال لَعَنَ رسول اللَّهِ
في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا
وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له
"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh
golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang
meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang
menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang
membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah
: Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah
)"
Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier
:-
وآكل ثمنها المشتري : أي
للشرب أو للتجارة بالوكالة
وغيرها
Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan
: iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil
( Mirqat al-Mafatih, 6/22)
Dan juga sebuah lagi hadith
عن جَابِرِ بن عبد
اللَّهِ رضي الله عنهما
أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول
عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ
اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ
وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ
Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW
bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya
mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat
al-Bukhari, 2/779)
Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh
menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh
diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan
kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih
tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak
tadi.
Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana
kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal
Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu
membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat
dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang
mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan
untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan
itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.
Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah
pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di
kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan
pekerja Islam.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
BERIKUT SATU RESPOND DARI BEKAS PEKERJA 7 ELEVEN BY EMAIL
Sent By : m4me4mouse@xxxxxxxxxxx
Assalamu Warahmatullah a'alikum...
Berdasarkan dalil dr hadis Nabi Muhammad S.A.W yg UZAR
utarakan,
jelas menunjukkan bahawa bergelumang dengan ARAK itu haram
(jelas dan
nyata), sekali pun hanya menyusun...
Dikesempatan ini, sy ingin berkongsi pengalaman bersama
pembaca
sekalian. Sy pernah bekerja di 7-eleven (7E)penghujung tahun
2005
dlu, dek kerana rase dh tak tau nk buat ape, dengar plak
kawan pun
ade keje kt 7E ni, so sy apply, dpt, then tros keje esoknya...
Setelah bekerja, br sy sedar, yg 7E ni ade jual ARAK, tp sy
terpaksa
jgak keje dlu sbb mase interview dh janji nk keje, lgpun mmg
xde keje
selain tu mase tu. kemdian sy ketahui antara tugas sy adlh
berkaitan
dgn ARAK. Menjadi pekerja di 7E semua kerja perlu dibuat, no
excuses,
kalo keje x siap, store x kemas ke, brg x susun ke,brg abis
x tambh
ke mmg kena marah ngan store manager, so, nk x nk mmg kene
buat.
Tp sy sedaya upaya mengelak dr membuat kerja berkaitan
dgnnya, susun
ke, kire stok ke, lbh2 lg jualkan. Malangnye, sy jadi serba
salah nk
bg kerja tu kat teman sekerja kerana dorang pun Islam jugak,
(mmg
diakui hampir semua store 7E dijaga olh org melayu muslim)tp
dorang
bwat tnpa disuruh (dorang rase itu tggjwb sbg pekerja), so
sy
selamat...
Tp yg bwat sy btol2 tertekan bile keje kat 7E ni, bile budak
(remaja
melayu Muslim) dtg NK BELI ARAK!! (mase tu dhla bula
RAMADHAN,
RAMADHAN!!!!!) bile tanye, die kate india mintak belikan, sy
pun mls
nk bertengkar, tgk keadaan budak tupun lain mcm
je...(kesilapan sy yg
amat sy kesalkan)...
sejak pd tu, sy bertekad nk berenti keje 7E, akhirnye x lame
sy dpt
pluang (kalo anda bertanya kenapa perlu tunggu peluang baru
nk
bernti, sy beranggapan kononnye sy klua/resing dgn care baik
laaa,
maaf, ni pnadangan peribadi). dan kerana merasakan was2 dgn
gaji yg
sy perolehi, sy tulis setiap perbelanjaan makan minum sy yg
sy
gunakan duit hasil keje 7E ni.
Moralnya; kpd yg nak keje @ yg msh bekerja di 7E (dgn arak
ni),
fikirlah dgn sewajarnya hukum islam mengenainya kerana
melibatkan
keberkatan hidup anda juga didunia ini & akhirat
kelak... Wallahu
a'lam
credit: zaharuddin.net
loading...
0 Response to "Betulkah Kerja Di 7 Eleven Adalah Haram? "
Post a Comment