Allah SWT telah memberikan peluang keemasan kepada setiap
wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan
adalah melalui empat syarat sahaja.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seorang wanita
(isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat
supaya masuk Syurga mengikut pintu mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri?
Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup.
Namun ketika dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu
mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar
daripada rasa cintanya kepada ibunya sendiri.
Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya
oleh ayah-ibunya hingga dia dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia
telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya
dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah-ibunya.
Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupkan
keperluan engkau dan anak-anakmu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau harus
dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya.
Namun tidak pernah sekalipun dia merasa cemburu, disebabkan
dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang terbaik daripadanya
di sisi Allah.
Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan
berusaha menyelesaikan sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu
padanya dengan harapan suamimu mampu memberi solusi, padahal boleh saja pada
ketika itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar.
Namun dia tetap mengutamakan masalahmu berbanding masalah
yang dihadapinya sendiri.
Suamimu berusaha memahami bahasa diam mu, bahasa tangisanmu.
Sedangkan engkau kadangkala hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun
apabila dia mengulanginya berkali-kali.
Apabila engkau melakukan maksiat, maka dia ikut diseret ke
neraka, kerana dia bertanggung jawab terhadap maksiatmu.
Namun apabila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah diheret
ke neraka. Kerana apa yang dilakukannya adalah hal-hal yang
dipertanggungjawabkan ke atas dirinya sendiri.
Lapan pintu surga terbuka bagimu dan engkau boleh masuk dari
mana-mana pintu yang disukai.
Cukup dengan mendapat "Redha" daripada suamimu,
sedangkan suamimu tidak mendapat kemuliaan seperti itu, kerana itu taat dan
bersabarlah terhadapnya.
loading...
0 Response to "6 Perkara Mengapa Redha Suami Adalah Syurga Bagi Isteri "
Post a Comment