Amalan dibawah adalah amalan yang akan menyebabkan kita
menjadi murah rezeki dan mendapat keberkatan terhadap rezeki yang diperolehi
insyaAllah. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya, mintalah kepadaNya, nescaya
dikabulkan.
1. Berdoa kepada Allah
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam selalu berdoa memohn
rezeki setiap selesai solat subuh, kenapa kita tidak melakukannya?
“Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang baik, dan amalan yang diterima” [HR. Ahmad]
2. Perbanyak istighfar dan taubat
Nabi Nuh ‘alaihis salam pernah berkata kepada kaumnya
sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:
فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
(١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ
وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ
لَكُمْ أَنْهَارًا
Maksudnya : “Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah
kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan
mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu,
dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya
sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat 10-12)
Allah menjelaskan lebih detail mengenai hubungan rezeki
dengan istighfar seperti dalam ayat diatas. Didukung dengan hadits nabi yang
menyatakan hal yang sama.
Disebutkan dalam suatu hadis:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ
اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ
ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ
فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا
يَحْتَسِبُ
Maksudnya : “Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah
menjadikan untuknya dari setiap kesedihan ada kegembiraan, bagi setiap
kesempitan ada jalan keluar, dan memberinya rezeki yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud. Dinilai sahih sanadnya oleh Ahmad Syakir. )
(Tafsir Ibnu Katsir, 4/329)
3. Menyambung silaturahmi.
Amalan pembuka pintu rezeki selanjutnya adalah dengan
menyambung silaturahmi kepada kerabat. Silaturahmi di sini bukan dalam erti
berkunjung kepada teman atau tetangga, tapi kita menjalini hubungan yang baik
dengan saudara mara yang ada hubungan darahnya dengan kita.
Membiasakan diri silaturahmi boleh dilakukan sejak kecil
sehingga sekarang, bagi kita yang sudah berusia tua dan mempunyai anak mulai
sekarang segera perkenalkan anak-anak kita kepada saudaranya. Dijelaskan dalam
sebuah hadis shahih bahawa silaturahmi memperpanjang umur dan memperbanyak
rezeki.
“Siapa yang bertakwa kepada Rabbnya
dan menyambung silaturahmi nescaya akan diperpanjang umurnya dan hartanya akan
diperbanyak, serta keluarganya akan mencintainya.” [HR Bukhari: hadis no. 58]
4. Perbanyak sedekah.
Sedekah atau sedekah bboleh dilakukan dengan wang mahupun
makanan, diberikan kepada seorang yang memerlukan. Hadits riwayat Abu Hurairah
menjelaskan bahawa sedekah tidak akan mengurangi harta. Dengan begitu makna
yang tersirat adalah memperbanyak harta.
Dari Asma’ binti Abu Bakar berkata, Rasulullah
shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bahawa:
“Janganlah engkau menyimpan harta
tanpa menyedekahkannya, jika tidak maka Allah akan menahan rezeki untukmu.”
Allah tidak akan menahan rezeki bagi orang yang gemar
bersedekah. Hal itu bererti semakin banyak sedekah maka semakin sering pula
Allah memberikan rezeki. Pada zaman Rasulullah para sahabat berebut untuk
sedekah kerana mengetahui keutamaannya.
Allah Akan Mnggantikan Harta Orang yang Bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hamba-hamba Allah bangun
di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari
keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari
barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang
yang menahan (bakhil) akan kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Lakukan Solat Dhuha
Solat dhuha merupakan solat sunnah yang dilakukan pada waktu
dhuha. Waktu dhuha bermula 28 minit setelah waktu syuruk. dan habis 9 minit
sebelum masuk waktu zuhur.
Dijelaskan dalam sebuah hadis bahawa setiap ruas tulang di
badan ini dalam keadaan berhutang sedekah setiap hari, dan hutang itu boleh
dibayar dengan solat dhuha.
“Hendaklah masing-masing kamu
bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali
bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil
adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf
adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari
semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat dhuha.” [HR Muslim 1181]
Memang tidak dijelaskan secara jelas hubungan solat dhuha
dan rezeki. Akan tetapi kita boleh mengambil kesimpulan bahawa solat dhuha sama
dengan sedekah
Demikian beberapa amalan pembuka pintu rezeki yang boleh
kita lakukan jika ingin rezeki terbuka luas. Namun, yang perlu diperhatikan
bagi kita bahawa beramal ibadah sebaiknya tidak mengharap imbalan dunia semata,
akan tetapi akhirat yang diutamakan;.
Maka kerjakan 5 amalan pembuka rezeki tersebut dengan ikhlas
dan mengharap pahala dari Allah SWT. Jika Allah memberikan rezekinya di dunia
maka bersyukurlah.
loading...
0 Response to "5 Amalan Terbaik Penyebab Mujarab Murah Rezeki"
Post a Comment