Sama ada hijau, hitam mahupun putih susu, minuman teh
menyediakan banyak manfaat kepada badan anda. Teh penuh dengan bahan-bahan
semulajadi yang meningkatkan kesihatan anda dalam banyak cara. Malah, cuba
bayangkan anda menikmati teh o dicampurkan ais dan lemon, cukup menyegarkan
malah hilang rasa penat seharian berpuasa. Apatah lagi mengambilnya ketika
sahur dan iftar.
Tahukah anda meminum teh juga dikatakan lebih baik daripada
meminum kopi kerana jumlah kafein yang kurang daripada kopi. Menurut Persatuan Dietetik
Amerika, secawan teh mengandungi kira-kira 40 miligram kafein jika dibanding
dengan 85 miligram kafein yang terdapat dalam secawan kopi yang dibancuh.
Ini antara 10 kebaikan minum teh untuk anda.
1. Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang teh yang
daripada pokok Camellia senensis mempunyai sifat-sifat penentang kanser. Daun
daripada pokok ini mengandungi kimia yang dikenali sebagai polifenol yang turut
memberikan teh sifat-sifat antioksidannya.
2. Polifenol yang terdapat di dalam teh dikatakan amat
terkenal dengan kebaikannya kepada kesihatan. Polifenol dikatakan mampu
membantu melindungi sel-sel daripada proses fisiologikal normal tetapi
merosakkan yang dikenali sebagai tekanan oksidatif.
3. Minum teh juga mampu mencegah pembekuan darah,
merendahkan tahap kolesterol, meneutralkan enzim yang membantu dalam
pertumbuhan tumor, membantu menyahaktifkan penggalak kanser dan merangsang
sistem imun.
4. Terdapat juga kajian tentang polifenol dalam teh mampu
mengurangkan risiko gastrik, kanser kulit dan esofagus, jika ia diminum
sebanyak 4 hingga 6 cawan sehari.
5. Meminum 2 cawan teh sehari mampu merendahkan risiko
kanser ovari wanita sebanyak 46 peratus.
6. Ada juga kajian di Jepun yang mendapati bahawa teh hijau
merendahkan kematian akibat penyakit jantung.
7. Teh juga turut mempunyai fluorida yang amat baik untuk
menguatkan gigi dan teh juga hampir tidak mempunyai kalori. Selain daripada
polifenol, teh juga dikatakan mengandungi pelbagai bahan-bahan yang amat
berguna untuk kesihatan tubuh.
8. Komponen-komponen ini adalah sumber sifat-sifat
menyihatkan teh yang dikatakan mampu menentang agen mutagen, membantu menentang
tekanan darah tinggi, membantu menentang jangkitan virus dan bakteria, dan
membantu memperbaiki fungsi sistem pencernaan dan sistem perkumuhan.
9. Dalam satu kajian, dikatakan mereka yang meminum
kira-kira satu setengah cawan teh sehari memiliki sehingga 40 peratus kurang
untuk mendapat serangan jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak
meminumnya.
10. Dikatakan dengan meminum teh juga mampu melindungi
tulang.
11. Kajian juga membuktikan bahawa pengambilan teh Chamomile
boleh mengurangkan risiko kematian terhadap golongan wanita yang mungkin
berpunca daripada pelbagai faktor, terutamanya kesihatan.
SUMBER: islam itu indah
loading...
0 Response to "11 Kebaikan Minum Teh Ketika Sahur & Iftar "
Post a Comment