Suatu hari, Imam Fath Al-Musili berkata kepada murid-muridnya, "Bukankah seorang pesakit jika tidak diberi makan, minum dan ubat selama tiga hari ia akan mati?" Murid-muridnya menjawab, 'Ya..'
Tanda-tanda hati mati |
Guru yang bijak ini melanjutkan, "Begitu juga hati
kita. Jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, ia akan
mati."
Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan
melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan
perbuatan yang buruk.
Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk
di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.
Rasulullah SAW bersabda, "Ketahuilah, sesungguhnya di
dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh
jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging
itu adalah hati". (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hati manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga
sangat mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.
Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah suasana
hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga pancainderanya
daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.
Sebagaimana tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit.
Tanda hati yang sihat adalah ia giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan.
Setiap amalan ibadah dan zikir terasa nikmat untuk dikecapi.
Sama seperti seseorang yang tengah sihat tubuhnya, ia akan nikmat menyantap
makanan dan minuman.
Adapun tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat
merasakan manisnya ibadat. Ia tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah.
Sebaliknya, ia sangat seronok melakukan maksiat. Seperti
orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling nikmat adalah menggaruk
gatalnya hingga melukai diri sendiri.
Imam Tabiin di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah
mengajarkan teknik semak kesihatan hati.
Beliau berkata, "Rasakanlah kemanisan dalam tiga
perkara: ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika
engkau merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya,
maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."
Hati orang kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita
sedari ataupun tidak, pelbagai penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti
hasad dengki, dendam, tamak, kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain.
Tingkatan sakit itu berbeza-beza. Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah
parah.
Oleh itu, kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati
adalah hikmah dan ilmu yang memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan
tugasan yang mesti ia lakukan di dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh
didapatkan apabila kita bercampur dengan orang-orang yang "berhati
sihat."
Berkata Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara:
Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam,
berdoa pada waktu fajar dan bergaul dengan orang-orang saleh."
Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan
terus sakit. Suatu hari nanti, ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih
berbahaya daripada mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera
dikuburkan.
Namun orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat.
Ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun
ditanam.
loading...
0 Response to "Tanda-tanda Hati Yang Mati Dan Cara Untuk Merawatnya "
Post a Comment