SeBeLUm pINtU TAuBaT TeRtUTuP RaPaT!!
Seteruk mana pun kesalahan kita dan sebusuk mana pun dosa kita, namun bila kita u-turn kepada-Nya, inshaallah Allah akan mengampuninya. Malah yang kufur sekalipun tetap akan berguguran dosanya tatkala dia kembali kepada fitrahnya.
Cuma tinggal kita sahaja yang mahu ataupun tidak. sedangkan dia pula sentiasa menanti kita yang ingin kembali ke pangkuan-Nya. Namun kisa sering ralit dengan dunia sehingga lupa ingin mengetul pintu taubat-Nya.
Harus diingati, pintu ini ada hayatnya. sampai satu tempoh, ia akan tertutup serapat-rapatnya dan tidak akan dibuka semula selama-lamanya apabila:
1. Nyawa sudah di kerongkong
Rasulullah mengingatkan: " Sesungguhnya Allah yang maha mulia lagi maga agung menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai ke kerongkong." (Riwayat Al-tarmizi)
2. Matahari terbit sebelah Barat
Rasulullah menasihatkan: " Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah menerima taubatnya. " (Riwayat Muslim)
Sumber: Gen-Q
loading...
0 Response to "SeBeLUm pINtU TAuBaT TeRtUTuP RaPaT!!"
Post a Comment