Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tidak
berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka memang tak tahu menahu
tentang perkara ini.
Ilmu Fekah khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri
wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh
kebanyakkan wanita Islam… kenapa hal ini boleh terjadi?
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ yang
betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orangPerempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti
dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak,
Contohnya saya yang paling simple : Bila ditanya kepada
kebanyakkan wanita Islam : “Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan
solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar
jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
“Alaa…itu soalan mudah jee..bila datang period’ maka solat
tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka
belajar sejak mula-mula’bergelar wanita’ dulu”
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang
akan kita jumpa,
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak
meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin
karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada
ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah
bukti kehebatan ulama’ terdahulu.
Dalam BAB TIGA : ” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun
Nikah…”Perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi
perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid
itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira
sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat
zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum
masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu
rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’.
“Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid)
adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam”
(Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana
perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka
baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana
di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh
dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.
– Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya
kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi,
langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : perempuan itu hanya
menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat
solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’
sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.
– Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat
Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.- Di atas kecuainnya
(tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat)
maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses
keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya
menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama
berlaku)
– Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi
perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul
Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh
yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul
Nisa’ ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA
!!!\
(Sumber: hafizamri)
loading...
0 Response to "HuKuM MenGqAda' SoLat SeteLaH HabIS HaID"
Post a Comment