Runtuhnya Kaabah Tanda Terbesar Hampir Qiamat
Dalam kehangatan proses meruntuhkan dan perluasan Masjidil
Haram kini, pada suatu hari nanti antara tanda terbesar semakin menghampiri
hari Qiamat adalah dengan runtuhnya Kaabah. Seorang manusia terkutuk yang
bergelar ‘Zussuwaiqatain’ dari antara dan berbangsa Habasyah dikatakan akan
merobohkan binaan suci tersebut.
‘Zussuwaiqatain’ adalah nama gelaran bermaksud ‘si pemilik
dua betis yang kecil’ kerana merujuk kepada orang2 Habasyah yang pada umumnya
betis mereka bersaiz kecil dan mempunyai kaki yang kurus-kurus.
Sebagaimana diriwayatkan dari Ka’ab Al-Ahbar dalam tafsir
Ibnu Katsir, tentang perbahasan firman Allah سبحانه
وتعالى;
حَتَّىٰٓ
إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ
حَدَبٍۢ يَنسِلُونَ
“Hingga apabila dibukakan (tembok)
Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang
tinggi.”
(Surah Al-Anbiya : Ayat 96).
.
Bahawa munculnya Zussuwaqatain bermula pada masa turunnya
Nabi Isa Alaihis Salaam, iaitu setelah dibinasakannya Yakjuj dan Makjuj.
Ketika itu Nabi Isa Alaihis Salaam menghantar pasukannya
untuk memerangi bala tentera Zussuwaqatain yang berkekuatan di antara 700
hingga 800 orang. Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى
mengirimkan angin sejuk dari arah negeri Yaman dan telah meragut nyawa setiap
orang yang beriman serta selebihnya manusia-manusia jahat yang melakukan sex
bebas seperti binatang.
# Ka’ab Al-Ahbar berpendapat, pada masa itu Qiamat sudah
semakin hampir..
Hadis-Hadis Yang Berkaitan Dengan Zussuwaqatain
Hadis-hadis Nabi ﷺ
ada menyebutkan tentang Kaabah akan diroboh pada akhir zaman. Rasulullah ﷺ juga menyebut
ciri-ciri yang ada pada peroboh Kaabah tersebut:
1. Lelaki
berkulit hitam gelap
2. Mempunyai bala
tentera
3. Berasal dan
berbangsa Habsyah
4. Gelarannya
adalah Zussuwaqatain
5. Kepalanya
kelihatan agak botak
6. Mempunyai kaki
yang kurus panjang
7. Mempunyai
kepala yang kecil dan bertelinga besar
8. Dia membuatkan
Nabi ﷺ berasa
seperti lebih hitam daripadanya.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu
Anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah ﷺ
bersabda, “Kaabah ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia
merampas perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya,
orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang memukul
Kaabah dengan penyodok dan kapaknya.” (Sanad hadis ini Jayyid dan Qawiy – Hadis
Riwayat Ahmad).
Abu Daud meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi ﷺ, bahawa Baginda
bersabda, “Biarkan orang-orang Habasyah selagi mereka membiarkan kamu (tidak
mengganggu kamu). Sesungguhnya tidak ntaraa orang yang (berani) membongkar
barang-barang simpanan dalam Kaabah selain daripada Zussuwaqatain dari Habasyah.”
Imam Ahmad meriwayatkan pula pula bahawa Ibnu Abbas
menceritakan kepada perawi hadis ini, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Seakan-akan aku
melihatnya, orangnya hitam, dengan congkaknya dia merobohkannya (Kaabah) batu
demi batu.”
Dan menurut riwayat Imam Ahmad pula dari Abu Hurairah
Radhiyallahu Anhu, Rasulullah ﷺ
bersabda, “Malam dan siang tak akan berhenti bersilih-ganti sebelum ada seorang
lelaki dari kalangan kaum hamba menjadi raja, dia bernama Jahjah.”
Serangan
Ketika hampirHari Qiamat itu, Zussuwaqatain menghantar
pasukannya yang berkekuatan antara 700 hingga 800 orang untuk menghancurkan
Kaabah.
Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Orang
yang mempunyai dua pasukan kecil dari Habasyah hendak menghancurkan Kaabah.”
.
Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى
menghantar angin sejuk dari arah negeri Yaman yang meragut nyawa setiap orang
beriman serta selebihnya golongan manusia yang melakukan kejahatan dan sex
bebas seperti binatang.
Aisyah Radhiyallahu
Anha berkata, “Nabi bersabda, ‘Kaabah itu akan diperangi oleh tentera. Tetapi,
kemudian mereka itu akan ditenggelamkan dalam bumi (yakni di Baida’, suatu
tempat ntara Makkah dan Madinah).’”
.
Ketika berlaku perang kelak orang tidak akan menunaikan haji
dan dikatakan Kaabah akan diruntuhkan ketika itu serta diriwayatkan bahawa
‘sesudah itu Kaabah tidak dibangunkan lagi’.
Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Nabi
ﷺ. Bersabda,
“Sungguh Baitullah akan digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah selepas
keluarnya Yakjuj dan Makjuj.”(Dan dalam riwayat yang mu’allaq, Baginda
bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ibadah haji tidak
dilaksanakan lagi.”)
Yaumul Khalash (Hari Pembersihan)
.
Adapun kota Madinah, sebagaimana telah dibincangkan dalam
banyak catatan mengenai ‘Yaumul Khalash’ (Hari Pembersihan), bahawa Dajjal
tidak dapat memasuki kota Madinah dan Makkah. Disetiap penjuru jalan di Madinah
ada malaikat-malaikat yang menjaganya supaya tidak dimasuki Dajjal.
Dalam shahih Al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah
Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah ﷺbersabda,
“Madinah tidak dapat dimasuki Dajjal maupun wabak penyakit.”
.
Telah dijelaskan juga bahawa Dajjal hanya boleh tinggal di
luar bandar, lalu terjadilah goncangan hebat tiga kali yang menyebabkan kaum
munafik maupun orang-orang fasik, lelaki dan perempuan, semuanya keluar dari
kota dan tinggallah orang-orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan di
dalam kota Madinah. Dan hari itu disebut sebagai “Yaumul Khalash” (Hari
Pembersihan).
Demikian sebagaimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya
kota ini (Madinah) adalah Thaibah (harum). Dia sendiri akan membuang kotorannya
lalu semerbaklah keharumannya.”
.
Kota Madinah akan tetap ramai ketika Dajjal menguasainya dan
ramai juga penduduk pada masa datangnya Nabi Isa bin Maryam Alaihis Salaam,
sehingga Baginda wafat dan dikebumikan di sana. Sesudah semua itu berlaku,
barulah penduduk Madinah akan keluar meninggalkan kota.
.
Kehancuran ketiga2 kota suci iaitu Baitulmuqddis, Madinah
dan Makkah telah disebutkan Baginda dan dikatakan setelah Kaabah runtuh buat
kali ketiga, Kaabah akan diangkat ke langit. Bahkan Baginda ﷺ ada memberikan
gambaran bahawa tanah-tanah suci tersebut akan dibangunkan semula. Maka
sebenarnya kehancuran kota suci bukan bermaksud kehancuran sebenar tapi lebih
bermaksud penyucian tanah suci iaitu bukan sahaja penyucian rohaniah tanah suci
bahkan meliputi penyucian fizikalnya sekali.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha
Mengetahui apa yang benar)
.
Semoga Allah سبحانه
وتعالى menganugerahkan
kita akhir hayat yang baik dengan amalan kebaikan melebihi daripada segala
keburukan yang pernah dilakukan, dan menghapuskan segala dosa kita hingga kita
boleh berhimpun dalam keadaan sejahtera dan bercahaya di yaumul akhir (Hari
Qiamat) nanti.
Aamiin
sumber:islam itu indah
loading...
0 Response to "Runtuhnya Kaabah Tanda Terbesar Hampir Qiamat"
Post a Comment