Kisah Pengorbanan Seorang Ibu Yang Sangat Menyayat Hati





Image result for ibu membasuh kain


Pada suatu pagi, berlangsung satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehingga sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"

Gadis itu menjawab "Tidak."

"Jadi, adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Jawab si gadis,"Ayah saya meninggal ketika saya berusia satu tahun. Ibu saya yang membayar semua yuran pengajian saya."

"Ibu awak bekerja di mana?"

"Ibu saya bekerja mencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya. Gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tak pernah tolong ibu awak mencuci kain?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Dia tak pernah minta saya menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus itu mempunyai satu permintaan. Dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan bila dia pulang ke rumah nanti dan datang semula ke tempat pengurus itu pada esok hari.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya.

Di rumah, si ibu berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan itu namun dihulurkan juga kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir. Itulah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula sedar bahawa tangan itulah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan wang bagi membiayai pengajiannya di sekolah dan di universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak.

Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis  senyap-senyap membasuh semua pakaian ibu yang masih tertinggal.

Keesokan hari, gadis itu kembali semula ke pejabat temuduga.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya,"Apa yang  awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

"Apa yang awak rasa?"

Gadis itu menjawab, "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu. Tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, bekerja bersama dengan ibu mengajar saya betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Inilah yang saya mahukan. Saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidup. Awak diterima bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerja. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Moral cerita:

Anak-anak hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan masing-masing.


Ringan-ringankan tulang untuk membantu ibu atau bapa melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

anda mungkin meminati
Ayah dan ibu adalah syurga dan nerakamu
Doa untuk ibbapa yang sudah meninggal dunia
Wahai Ibu, Jangan Tidur Malam Sebelum Mendoakan anakmu








loading...

1 Response to "Kisah Pengorbanan Seorang Ibu Yang Sangat Menyayat Hati"

  1. http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/gara-gara-ulah-seorang-nenek-melempar.html

    http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/haru-perjuangan-induk-anjing-selamatkan.html

    http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/rutin-makan-mangga-turunkan-berat-badan.html

    http://sisiusus260.blogspot.com/2017/11/pria-italia-tularkan-hiv-pada-32-wanita.html


    joint us :
    * BBM: D1E0517C / 2B3F0E24
    * WHATSAPP:+6282143134682
    * LINE: PELANGIQQ
    * WECHAT: pelangiqq

    ReplyDelete