Dalam sebuah forum terbuka yang dihadiri oleh ribuan orang
dan disiarkan di Peace TV, seorang lelaki bertanya kepada Dr Zakir Naik,
mengapa umat Islam mengelilingi ka’bah ketika haji dan umrah. Apakah ada alasan
ilmiah dan logik disebaliknya?
Saya ingin mengetahui tentang Ka’bah. Maksud saya, apa
penjelasan secara kajian keilmuan dan logik pentingnya Ka’bah? Dan mengapa umat
Islam mengelilingi Ka’bah?”
Jawapan Dr. Zakir Naik Mengapa Muslim Mengelilingi Kabah
Saudara ini bertanya dengan bagus.
Apa pentingnya Ka’bah menurut kajian keilmuan dan logik? Dan
mengapa umat Islam mengelili Ka’bah?
Ramai orang bukan Islam beranggapan bahawa umat Islam
menyembah Ka’bah. Saya akan memberikan jawapan saya dan nanti saya akan
memberikan jawapan secara ilmiah.
Saya akan satukan bersama. Menjawab soalan saudara dan
menjawab orang bukan Islam lainnya atas kesalahfahaman ini.
Ka’bah adalah kiblat, sebagaimana firman Allah dalam Al
Qur’an:
وَحَيْثُ
مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ
“Dan di mana saja kamu berada,
palingkanlah mukamu ke arah Ka’bah” (QS. Al Baqarah: 144)
Dalam bahasa Arab, kiblat. Jadi Ka’bah hanya sebagai arah.
Sebagai contoh, misalnya sekarang kita sembahyang, beberapa orang menghadap
selatan, ada yang menghadap utara, ada yang ke timur, ada yang ke barat. Ke
arah mana yang kamu ikut? Jadi demi persatuan, kami menghadap pada satu arah
Ka’bah.
Jadi Ka’bah adalah kiblat kami. Tidak ada seorang muslim pun
yang pernah menyembah Ka’bah.
Dan ketika peta geografi dunia pertama kali adalah muslim
yang membuat itu pertama kali. Al Idrisi pada tahun 1154 yang membuat peta
dunia, bahkan muslim yang membuat peta dunia itu, kutub selatan ada di atas dan
kutub utara ada di bawah dan Ka’bah berada di tengah-tengah.
Kemudian orang Barat meluncurkan kartografi (pembuatan peta)
dan mengubah kutub utara ke atas dan kutub selatan ke bawah, bahkan Ka’bah
masih tetap berada di tengah-tengah.
Jadi di bahagian mana pun kamu berada di dunia, jika kamu
berada di utara menghadap ke selatan, jika kamu berada di timur menghadap ke
barat, jika kamu berada di barat menghadap ke timur, jika kamu di selatan
menghadap ke utara. Semua muslim di dunia menghadap pada satu arah iaitu Ka’bah
dan Ka’bah adalah kiblat.
Sekarang, ketika kamu pergi umrah, ketika pergi haji, kita
melakukan tawaf mengelilingi Ka’bah. Kita berjalan mengelilingi ka’bah. Kenapa
kami berjalan mengelilingi Ka’bah? Pada dasarnya adalah kerana Tuhan Pencipta.
Dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan itu.
Kamu bertanya, apa alasan logiknya? Ini tidak disebutkan
dalam Quran dan hadis. Jika aku adalah orang yang berakal mahu berfikir, kenapa
kami berjalan mengelilinginya? Alasan yang boleh aku fikirkan adalah setiap
lingkaran hanya punya satu titik tengah. Kita berjalan mengelilingi Ka’bah
adalah untuk membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.
Kerana lingkaran hanya punya satu titik tengah tidak akan
ada dua titik tengah. Jika kita berjalan mengelilingi Ka’bah adalah untuk
membuktikan bahawa hanya ada satu Tuhan.
Dan pernyataan Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu ketika
mencium Hajar Aswad yang ada di Ka’bah, “Hajar aswad ini hanyalah batu yang
tidak bisa memberikan kebaikan dan keburukan. Aku menciumnya kerana melihat
Nabi menciumnya.” Jadi tidak ada muslim yang menyembah Ka’bah.
Bahkan di zaman Nabi, ada sahabat yang melantunkan azan di
atas Ka’bah. Tidak ada orang yang menyembah sesuatu lalu berani berdiri di
atasnya.
Jadi Ka’bah adalah kiblat, hanya arah. Bukan disembah.
Credit: Maklumat berguna
loading...
0 Response to ""Kenapa Orang Islam SEMBAH Kaabah? Kaabah Kan Batu jer" Dr Zakir Naik TENANG Menjawab Soalan ini sehingga PEMUDA ini TERDUDUK. Memang Sangat Hebat Jawapan."
Post a Comment