InGinKaN AnaK YaNg BaIk DaN TaAT MaKa AjAriLaH MeReKa AdaB TeRhAdAP KeDuA OrAnG TuA






InGinKaN AnaK YaNg BaIk DaN TaAT MaKa AjAriLaH MeReKa AdaB TeRhAdAP KeDuA OrAnG TuA


Konsep Keibubapaan

Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga. Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa. Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa

Firman Allah s.w.t.: 

"Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada kedua orang tuamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ahh” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuhrasa sayang dan ucapkanlah, “Wahai Rabbku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidikku di waktu aku masih kecil”. [QS. Al-Isra’/ 17: 23-24].

Sebab Wajib Berbakti Kepada Ibubapa

i. Kalau kita berbakti kepada ibu bapa Allah ;
- Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
- Suka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa

ii. Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;
- Amalan ini tuntutan agama
- Untuk kita membals jasa ibu bapa kita
- Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
- Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

- Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
- Berbuat baik kepada rakan mereka
- Merendah diri dan menghormati mereka
- Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa
- Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak

Adab Terhadap Ibu Bapa
i. Percakapan
 1. Bercakap dgn hormat dan sopan santun
 2. Merendahkan suara dihadapan mereka
 3. Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
 4. Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
 5. Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap

ii. Pergaulan
 1. Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
 2. Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka
 3. Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
 4. Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
 5. Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk

Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa

i. Semasa Hidup
 1. Menjaga mereka semasa tua dan sakit
 2. Memberi nafkah kepada mereka
 3. Selalu menziarahi mereka sekira tidak tinggal bersama-sama
 4. Mendoakan kesejahteraan mereka

ii. Setelah Meninggal

 1. Mendoakan keampunan untuk mereka
 2. Membayar hutang mereka sekira ada
 3. Melaksanakan wasiat mereka
 4. Berbuat baik kepada sahabat mereka

Kesan Berbakti Kepada Ibu Bapa;
1. Mendapat keberkatan hidup
2. Disayangi keluarga
3. Mendapat ganjaran pahala
4. Ikatan keluarga bertambah kukuh
5. Mendapat balasan syurga di akhirat

Akibat Derhaka Kepada Ibu Bapa
1. Runtuh institusi kekeluargaan
2. Kehidupan tidak diberkati Allah
3. Mengancam keharmonian masyarakat
4. Dikenakan azab neraka di akhirat










loading...

0 Response to "InGinKaN AnaK YaNg BaIk DaN TaAT MaKa AjAriLaH MeReKa AdaB TeRhAdAP KeDuA OrAnG TuA"

Post a Comment