Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Stress giler
dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah
cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena.
Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang
ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa
kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat.
Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan
sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin
bertambah.
Bayar Hutang
Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan
tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu.
Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti
marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.
Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan
Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak,
tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’
dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup
senang.
Bagi Duit Pada Mak Ayah
Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah
dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima
pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.
Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut
dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat
keberkatan.
Sedekah
Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita
memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan
gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.
Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa
sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya
menunjuk-nunjuk.
Buat Baik Pada Binatang
(baca juga Ustaz Azhar Idrus - Beri Kucing Makan (Murah Rezeki & Panjang Umur)
(baca juga Ustaz Azhar Idrus - Beri Kucing Makan (Murah Rezeki & Panjang Umur)
Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi
layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan.
Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.
Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah.
Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita.
Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.
Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan
rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah.
Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.
Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi
pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya
pada kita.
BACA INI JUGA Inilah 10 Penghalang Utama Rezeki Susah Nak Masuk yang Banyak Diabaikan , Inilah Pahala Yang Diperolehi Bagi Orang yang Dihina dan Dicaci
Kenapa Keberkatan rezeki itu penting?
Kenapa Keberkatan rezeki itu penting?
loading...
0 Response to "5 Amalan Yang Anda Perlu Buat Untuk Perolehi Keberkatan Rezeki Yang Tak Pernah Putus. Jom Kongsi..."
Post a Comment