Solat merupakan ibadah yang penting, istimewa dan unik.
Solat dapat menghubungkan insan dengan penciptanya secara langsung. Solat juga
merupakan ibadah yang pertama disyariatkan dan yang paling akhir ditinggalkan
oleh manusia. Dari segi amalan ibadah solat dipenuhi dengan sebutan takbir,
tahmid dan zikir.
Solat adalah merupakan ibadah yang ringan yang mampu
dikerjakan oleh setiap orang. Ringan atau beratnya ibadah solat bergantung
kepada keimanan seseorang itu. Semakin beriman seseorang itu semakin mudahlah
ia dapat melakukannya. Dalam cuaca sejuk umpamanya, amatlah sukar seseorang itu
untuk bangun melakukan solat Subuh tetapi bagi mereka yang mempunyai keimanan
yang mantap, mereka tidak akan meneruskan tidur seandainya belum menyempurnakan
solat Subuh itu.
Ganjaran solat adalah amat besar sekali. Ibadah ini dapat
membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Ibadah ini juga dapat
menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan
kebahagiaan. Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa solat
dapat membantu memakbulkan doa seseorang.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa
yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan
jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya
solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan
selamat baginya.”(Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya
tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya
(Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai
tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang
solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar,
maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh
dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat
menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu
dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu
itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal
yang buruk.”
Salah satu sifat kesempurnaan Allah SWT iaitu baik dan suka
kepada sesuatu yang sempurna. Allah SWT tidak menerima suatu keyakinan, ucapan
dan perbuatan kecuali yang sempurna dan baik. Ibadah solat merangkumi
kepercayaan, ucapan dan perbuatan.
Solat yang terbaik adalah keyakinan yang benar, ucapan yang
teratur dan perbuatan yang mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah SAW.
Solat yang dikerjakan mengikut cara Rasulullah SAW. akan memperoleh ketenangan,
ketenteraman dan sekaligus dapat mendidik jiwa manusia kearah yang benar dan
baik. Di samping itu, sembahyang dapat juga melahirkan sifat mahmudah dan
menolak sifat mazmumah.
loading...
Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah aku bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259
ReplyDelete