Dalam hidupnya, manusia tidak pernah luput dari kesusahan.
Tidak selamanya hal-hal yang menyenangkan akan terus berlaku dalam kehidupan
manusia. Sebab ada kalanya manusia perlu merasakan hal-hal yang tidak
menyenangkan dalam hidupnya sebagai pembelajaran.
Bahkan para Nabi pun diuji dengan berbagai macam cobaan.
Dari banyaknya kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT, terdapat 5 jenis ujian
yang boleh mneghapuskan dosa-dosa yang dilakukan manusia.
Apa 5 jenis kesusahan tersebut?
Rasulullah SAW bersabda "Tidak akan menimpa muslim
sakit, keletihan, kebimbangan, gangguan, kesedihan dan duka hingga duri yang
mengenai dirinya. Kecuali Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. "
Berikut ini 5 kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT untuk
menghapuskan dosa manusia:
1. Keletihan
Keletihan adalah kesusahan yang pertama yang akan diberikan
oleh Allah SWT. Keletihan ini biasanya terjadi pada seseorang yang bekerja
tanpa berehat. Dia akan merasakan keletihan yang berat. Kerana merasa lelah,
dia sukar untuk melakukan aktiviti yang lain.
Tetapi percayalah bahawa Allah SWT akan menghapuskan
dosa-dosanya yang telah lalu jika seorang hamba dapat mengatasi keletihan yang
dihadapinya. Setiap keringat yang dikeluarkan akan bernilai ibadah bagi Allah
SWT.
2. Sakit
Kesusahan lain iaitu merasakan sakit. Setiap manusia pasti
pernah merasakan sakit dalam hidupnya walaupun hanya sekali. Rasa sakit yang
dianugerahkan oleh Allah SWT terasa amat menyeksa.
Nabi shallallahu 'alihi wa sallam bersabda, "Setiap
muslim yang terkena musibah penyakit atau yang lain, pasti akan hapuskan
kesalahannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya" (HR. Al-Bukhari
no. 5661 dan Muslim no. 651)
Dalam hadis yang lain, Nabi
shallallahu 'alihi wa sallam bersabda, "Tidaklah
seorang muslim tertusuk duri atau sesuatu perkara yang lebih berat dari itu
melainkan diangkat darjatnya dan dihapuskan dosanya kerananya." (HR.
Muslim no. 2572)
Bergembiralah saudaraku, bagaimana tidak, hanya kerana sakit
tertusuk duri saja dosa-dosa kita terhapus. Kerana boleh jadi dengan penyakit
ini kita akan bersih dari dosa bahkan tidak mempunyai dosa sama sekali, kita
tidak punya timbangan dosa, kita menjadi suci sebagaimana anak yang baru lahir.
Rasulullah SAW juga bersabda, "Cubaan akan sentiasa
menimpa seorang mukmin dan mukminah, baik pada dirinya, pada anaknya atau pada
hartanya, sehingga ia bertemu dengan Allah tanpa dosa sedikitpun." (HR.
Ahmad)
Hadits ini sangat sesuai bagi orang yang mempunyai penyakit
kronik yang tidak boleh diharapkan kesembuhannya dan vonis doktor mengatakan
umurnya tinggal hitungan minggu, hari bahkan jam. Ia bimbang penyakit ini
menjadi sebab kematiannya. Hendaknya ia bergembira, kerana boleh jadi ia
menghadap Allah suci tanpa dosa. Ertinya syurga telah menunggunya.
Jadi bersabarlah dan jangan mengeluh dengan penyakit yang
diberikan Allah, kerana sakit adalah ujian dan dosa-dosa kita akan digugurkan
olehNya. Kerana itu, tetap tabah ketika sakit dan terus mencari penawarnya.
3. Kebimbangan
Kesusahan selanjutnya adalah rasa bimbang. Kebimbangan
tersebut perlu diatasi dengan baik. Jika tidak, akibatnya fatal. Serahkanlah
semua urusan kepada Allah SWT. Sebagai manusia, kita perlu berusaha dan berdoa.
Hasilnya biarlah Allah SWT yang menetapkan. Jadi, hati manusia menjadi lebih
tenang kerana segala yang diberikan oleh Allah SWT adalah yang terbaik.
4. Gangguan
Kesusahan yang diberikan oleh Allah SWT lain iaitu muncul
gangguan-gangguan dalam kehidupan. Gangguan ini boleh datang dari pelbagai sisi.
Di saat kita melakukan perkara yang baik, ada saja gangguan yang menghalang.
Jika kita boleh yakin dan bersabar, dosa-dosa kita akan gugur.
5. Kesedihan
Setiap manusia tentunya mendambakan kehidupan yang
menyenangkan, penuh ketenangan, ketenteraman dan kebahagiaan. Tidak ada satu
orang manusia pun yang ingin merasakan kesusahan di dalam hidupnya.
Tetapi mustahil hidup manusia penuh dengan kesenangan. Dan
Allah SWT memberikan kesedihan kepada manusia untuk menghapuskan dosa-dosanya
yang telah lalu. Jika kesedihan ini ditangani dengan bijak dan kesabaran maka
dosa-dosa kita akan diampuni oleh Allah SWT.
loading...
0 Response to "Bersabarlah, Allah Memberi 5 Jenis Ujian Kesusahan Ini Untuk Menghapuskan Dosa-dosa Manusia."
Post a Comment